Apr 25, 2018 - 90

40 Tahun yang Gemilang Buat Cuckoo

Kembara tujuh hari penuh warna-warni bagi mendokong misi Cuckoo, ‘We Make It Possible’.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

 

 

CUCKOO, JENAMA TERKENAL DI KOREA

DI KOREA SELATAN, satu unit periuk nasi Cuckoo dijual setiap 10 saat manakala satu penapis air Cuckoo dijual setiap minit. Dan ia adalah antara rahsia kejayaan bagaimana Cuckoo menempa nama di 30 negara merentasi lima benua.

 

Di Malaysia, Cuckoo ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2014 dan menjadi rakan kongsi perniagaan Cuckoo yang pertama di luar negara. Selepas tiga tahun, Cuckoo Malaysia telah berjaya meraih jualan penapis air beralkali ringan yang tinggi melalui skim sewaan dan memperkenalkan periuk serba guna dan penapis udara Cuckoo dalam pasaran negara ini.

 

Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada Cuckoo Malaysia di atas kesudian membawa wakil InTrend untuk turut sama meraikan kejayaan jenama ini.

 

 

 

Foto 1: India, Vietnam dan Indonesia menjadi sasaran Cuckoo untuk meluaskan pasarannya. 

 

 

 

Bermula 4 hingga 10 Mac lalu, seramai 120 delegasi media dari Malaysia, pemenang bertuah menerusi peraduan Facebook Cuckoo, pasukan elit dan kakitangan Cuckoo dari Asia Tenggara diterbangkan ke Korea untuk turut sama meraikan ulang tahun ke-40 jenama kelengkapan rumah terkenal, Cuckoo.

 

Ia menjadikan jumlah peserta seramai 526 orang sekali gus mencatatkan sambutan terbesar dalam sejarah Cuckoo. Kembara selama tujuh hari lima malam ini diisi dengan pelbagai agenda menarik lagi bermanfaat sepanjang berada di sana.

 

Hari pertama tiba di Korea, delegasi media dibawa melawat ke Gamcheon Culture Village yang terletak di Busan. Perjalanan menaiki bas mengambil masa selama lima jam. Biarpun diselubungi cuaca sejuk dan hujan hampir sepanjang perjalanan, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus merakam sudut yang menarik di sini.

 

Usai melawat Gamcheon Culture Village, kami menginap di Shilla Stay.

 

 

 

Foto 2: Sesi penerangan di aras dua kilang penapis air.

 

 

 

 

 

Foto 3: Sebahagian daripada teknologi penapisan natural plus membunuh bakteria di dalam air.

 

 

 

 

 

Hari kedua, kami dibawa melawat ke kilang Cuckoo di Yangsan yang mengeluarkan pelbagai rangkaian produk untuk kelengkapan dapur. Di sini kami menjadi saksi bagaimana sebuah periuk nasi Cuckoo diproses dan dimasukkan tekanan yang menjadi pilihan penggunanya.

 

Cuckoo turut mendedahkan teknologi di sebalik kecanggihan periuk serba guna serta kelebihan Cuckoo Nasi Gaba. Selain daripada keupayaan untuk memasak nasi Gaba, periuk serba guna Cuckoo turut dilengkapi dengan empat teknologi pintar utama seperti Algoritma pintar, memasak menggunakan tekanan, teknologi pemanasan dan teknologi saduran.

 

Semuanya bagi memastikan setiap produk kelengkapan dapur yang dihasilkan dapat membantu menyediakan produk yang sihat untuk setiap pembelinya. Secara purata, sebanyak 3.5 juta unit periuk nasi serba guna dikeluarkan dalam tempoh setahun bagi memenuhi pasaran lebih 30 buah negara.

 

 

 

 

 

Foto 4: Di hadapan kilang penapis air dan udara Cuckoo di Siheung.

 

 

 

 

Selesai agenda di Busan, kami menaiki kereta api ekspres menuju ke Seoul dan perjalanan mengambil masa selama dua jam 10 minit sambil disajikan panorama indah. Sepanjang berada di Seoul, delegasi media menerima layanan bertaraf lima bintang apatah lagi berpeluang menginap di Hotel Novotel Yongsan, salah sebuah hotel terkenal di Seoul.

 

Melengkapi agenda hari ketiga, kami dibawa melawat Gyeongbokgung Palace selain melihat upacara simbolik Sumunjang (Royal Guard) Change. Sekitar 45 minit meluangkan masa merakam foto dan video di sini, kami ke Insa-dong dan Lotte Department Store untuk membeli cenderahati.

 

 

 

 

Foto 5: Demonstrasi memasak nasi menggunakan periuk serba guna. 

 

 

 

Kemuncak kembara ini adalah majlis gilang- gemilang untuk meraikan ulang tahun Cuckoo ke-40. Seramai 526 orang memenuhi Grand Ballroom Hanra menikmati upacara makan malam eksklusif yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Korea, Brian Koo; Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International Malaysia Sdn Bhd, KC Hoe; Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Indonesia, Toh Seng Lee; Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Brunei; Wong Kim Guan dan barisan tertinggi kakitangan Cuckoo Korea, Malaysia, Indonesia dan Brunei.

 

Membuka acara, hadirin dipertontonkan persembahan kumpulan JS Drummers. Diikuti penganugerahan kepada setiap kakitangan Cuckoo yang cemerlang dalam pencapaian karier masing-masing. Kemunculan pelakon dan penyanyi, Lee Seung-gi yang diumum sebagai duta jenama antarabangsa Cuckoo menjadi momen terindah pada malam itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto 6: (KANAN) Lee Seung-gi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International Malaysia Sdn Bhd, KC Hoe.

 

 

 

Delegasi media turut dibawa melawat ke kilang pembuatan penapis air dan udara yang terletak di kawasan perindustrian Siheung pada hari keempat sesi lawatan. Kami diperkenalkan dengan produk baru, Cuckoo Prince Top iaitu penapis air beralkali ringan tanpa tangki.

 

 

 

Foto 7: Lee Seung-gi bersama rangkaian produk Cuckoo.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.