Jul 19, 2019 - 86

Fantasi Yang Realiti di Dash Resort, Langkawi - Tok Ti Pun Pernah Ke Sini...

Konsep resort yang lain dari yang lain. Bagai berada dalam dogengan Alice in The Wonderland tetapi realiti di tepian pantai yang indah. Masuk saja mata terjamu dek dekorasi putih bersih!

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

Intrend dash 5

Kredit Foto: @dashresortlangkawi

 

 

 

Hanya mengambil masa 15 minit dari Lapangan Terbang Langkawi, ia terletak di Pantai Tengah, Pulau Langkawi. Dash Resort sebuah resort yang sesuai untuk pasangan berbulan madu, percutian keluarga, perjumpaan teman-teman mahupun trip korporat.

 

Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada 25 November 2018, resort ini turut dianugerahkan Best Design Resort Award for Asia at the 2018 World Luxury Hotel Award.

 

Kamu tidak akan kecewa saat masuk ke dalamnya kerana pulangnya nanti dengan kepuasan yang terlipat dalam kenangan selamanya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dash Resort Langkawi (@dashresortlangkawi) on

 

 

Dekorasi Putih Biru Yang Stylish

Melangkah masuk sahaja ke lobinya, mata terus terasa begitu asyik dengan rona putih terang dan biru firus tenang yang menyambut tetamu untuk bertamu.

 

Penyambut tetamunya yang mesra dengan disua welcome drink yang menyegarkan, ia sudah memberikan satu ‘hint’ awal betapa hebatnya percutian yang akan berlangsung nanti.

 

Dash Resort menyediakan enam jenis bilik penginapan dengan dekorasi unik iaitu Dash Superior (69 buah), Dash Superior Twin (12), Dash Deluxe Garden (14), Dash Premium Pool View (3), Dash Premium Jacuzzi Sea View (7) dan Dash Villa 2 Bedroom (1).

 

  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dash Resort Langkawi (@dashresortlangkawi) on

 

 

Kelengkapan bilik yang saya inap (Dash Superior) agak asas sahaja. Konsepnya di sini, mereka mahu kamu keluar dari bilik itu, beraktiviti dan menggunakan sepenuhnya semua agenda dan kemudahan yang disediakan di sekitar resort ini.

 

Kamu tidak perlu fikir untuk menjengah keluar dari resort ini kerana semuanya lengkap di dalamnya. Daripada keperluan makan minum sehinggalah memenuhi masa liburan kamu, ia tidak akan menjemukan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dash Resort Langkawi (@dashresortlangkawi) on

 

 

Kolam Renang Infiniti, Luas dan Berjenis

Antara elemen penting bagi sesebuah hotel dan resort itu untuk dijadikan lokasi penginapan menarik adalah kolam renangnya! Saya banyak menjengah hotel sebelum ini, jujurnya inilah antara kolam renang terbaik yang pernah saya temui di Dash Resort Beach Club.

 

Selain punya kolam yang luas, ia juga dipecahkan kepada beberapa bahagian. Ini menjadikan kawasan di sini tidak sesak walau pada waktu puncak terutamanya petang kala kanak-kanak mula mahu bersantai berendam di sekitarnya.

 

Lebih menarik lagi, kolam renang Infinitinya yang mengadap Pulau Andaman yang bersih dan cantik sekali. Petang itu, saya dan suami bekesempatan turun sebelum matahari terbenam.

 

Kami berendam di dalam kolam sambil bersantai di tepinya melihat permandangan matahari jatuh. Sungguh tenang dengan hiasan langit kejinggaan.

 

Sepanjang masa juga, ruang santaimu tidak akan sunyi kerana terdapat DJ yang akan menemani sehingga lewat malam di tengah-tengah Dash Resort Beach Club.

 

Putaran lagu silih berganti menjadikan acara santai di tepi kolam lebih menghiburkan.

 

 

Intrend dash 2

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Ikonik Replika Arnab dan Sangat Instagramable

Di tengah-tengah resort ini, kamu akan temui sebuah replika arnab berketinggian sembilan meter yang menjadi titik fokus utama dan ikonik buat Dash Resort.

 

Di sinilah antara tarikan utama untuk berfoto dan tidak lengkap jika pulang tanpa rakaman kenangan dengan si comel itu.

 

Malah, boleh dikatakan inilah resort paling mesra-foto kerana banyak ruang yang disediakan untuk kamu berselfie atau merakam OOTD. Bak kata orang sekarang, instagramable resortlah ni!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dash Resort Langkawi (@dashresortlangkawi) on

 

 

Makan Sedap di Mya Kitchen & Coctails

Bayangkan. Menikmati sepinggan Aglio Olio Pasta dengan segelas Jus Oren segar dengan berlatarkan pulau bersih dan angin sepoi-sepoi bahasa. Telinga pula dijamu bisikan air menyimbah pantai.

 

Shissssss...... begitulah rasanya. Sangat mendamaikan. Inilah namanya bercuti yang sebenar. Makan dan minum juga kena dengan selera.

 

Restoran ini bukan sahaja direka cantik, tapi punya kualiti makanan yang bertaraf lima bintang.

 

Kamu boleh memesan makanan bercitarasa Asia mahupun barat.

 

Menarik pula sarapan di sini, ia tidak menyajikan konsep bufet kerana menurut Chef di situ, mereka mahu setiap pengunjung menikmati makanan yang dimasak ‘panas-panas’ dan bukan hidangan lambakan.

 

Jadi, pesan sahaja apa yang kamu mahu menerusi menu yang disediakan. Banyak mana atau berapa kali ulang pun tidak mengapa. Setiap permintaan pasti dilayan dengan kepuasan.  

 

 

 

Intrend dash 4

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Robbit Hole Spa yang Cute

Saya pun tidak sangka rupa-rupanya di sini turut disediakan spa. Melihatkan konsep di luarnya yang sangat cute dan keanak-anakan, siapa sangka di dalam punya ruang spa yang menenangkan.

 

Saya dan suami sempat mencuba urutan seluruh badan dengan menggunakanminyak pati yang boleh kamu pilih daripada empat pilihan minyak yang disediakan.

 

Selain urutan, terdapat pelbagai lagi rawatan spa lain yang disediakan. Tempahan harus dibuat awal untuk mengelakkan kamu harus menunggu lama.

 

 

Intrend dash 6

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Pantai Peribadi, Pulau Andaman

Dan, yang buat saya lebih jatuh cinta dengan Dash Resort kerana ia memiliki private beachsendiri. Berlatarkan permandangan Pulan Andaman yang indah, pasir memutih, desiran air yang jernih, untuk apa saya keluar dari sini mencari pulau yang lain?

 

Selepas berenang di kolamnya, kamu boleh berjalan hanya beberapa langkah untuk menikmati pulaunya yang tenang.

 

Dash Resort turut menyediakan kerusi santai untuk para pengunjung menikmati suasana pantai tidak kira waktu. Kami banyak meluangkan masa pagi dan petang di sini.

 

Malah, nasib kami baik kerana pada malam Sabtu itu, mereka mengadakan acara berbeque yang dselitkan dengan persembahan api di tepian pantai itu.

 

Terima kasih Dash Resort Langkawi atas memori ini. Ia adalah kunjungan pertama saya tetapi pastinya bukan yang terakhir. Semoga berjumpa lagi nanti, ya!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dash Resort Langkawi (@dashresortlangkawi) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.