Jun 12, 2019 - 172

Datin Fouziah Gous Bercuti atas KAPAL MEWAH! — Bersama Siapa?

Datin Fouziah Gous berkongsi tips kembara percutian kapal mewah bersama keluarga.

 

 

 

 

Intrend PK 1

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

 

PELAYAR dengan kapal pelayaran SuperStar Gemini memang sesuai buat mereka yang mengidamkan percutian unik dan menyeronokkan terutama untuk seisi keluarga bersantai sekali gus dapat mengeratkan hubungan.

 

Itulah yang menjadi pilihan Datin Fouziah Gous apabila membawa suami dan anak-anaknya menikmati percutian di atas kapal mewah ini.

 

Umpama sebuah hotel terapung yang akan belayar dari satu destinasi ke destinasi, SuperStar Gemini adalah salah satu kapal pelayaran popular Star Cruise yang merangkumi laluan Pelabuhan Klang – Phuket (Thailand) – Pulau Pinang – Pelabuhan Klang.

 

 

 

InTrend PK 2

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

Sememangnya sudah lama menyimpan impian untuk merasai pengalaman membelah lautan biru dengan pelayaran kapal mewah.

 

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam perut kapal sepanjang 230 meter dan 20 meter lebar itu, berasa kagum dengan hiasan dalamnnya yang serba mewah. Layanan penuh mesra oleh kakitangan kapal membuatkan kita terasa seperti berada di rumah sendiri.

 

 

 

InTrend PK 3

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

Nak makan? Ada pelbagai pilihan restoran antaranya Mariners Restaurant (International food – Halal), Bella Vista (Western semi buffet – Halal), Oceana Barbecue (Outdoor international dining restaurant – Halal), Dynasty (Chinese buffet) dan Blue Lagoon (24h dining outlet).

 

Melihat keindahan matahari terbit dan terbenam di tengah-tengah laut membiru adalah momen yang tidak boleh dilepaskan.

 

 

 

Intrend PK 4

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

Setelah berlepas dari Pelabuhan Klang, kapal akan belayar selama kira-kira 24 jam sebelum berlabuh di pantai Phatong di Phuket. Para penumpang dibenarkan naik ke darat dan diberi masa kira-kira tujuh jam untuk melakukan aktiviti bebas di pulau itu.

 

 

 

 

InTrend Pk 5

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

Kapal kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang dan berlabuh di Swettenham Pier. Perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang bakal menoktahkan percutian kapal mewah ini. Walau singkat, namun percutian ini meninggalkan kenangan manis buat kami sekeluarga.

 

 

EXPLORING

Jangan lupa jelajah setiap sudut kapal SuperStar Gemini yang menawarkan kepelbagaian aktiviti yang menarik untuk disertai.

 

 

 

 

InTrend Pk 6

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

Intrend PK 8

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

 

 

 

 

InTrend PK 9

Kredit foto: Datin Fouziah Gous

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.