Dec 16, 2016 - 4886

“Tolonglah Sokong Saya Kalau Nak Bola Kelantan Sukses, Beli Air Tin RM5 Pun Takpa!” — Dato’ Seri Vida

Sambutan penyokong bola sepak terhadap produk Pamoga masih sejuk walau Dato' Seri Vida sudah melaburkan wang juta-jutaan. Inikah pengakhirannya?

 

Oleh: Rosie Haslinda Nasir

rosie_nasir@astro.com.my 

 

 

TERKINI, suri niaga pintar, jutawan kosmetik Pamoga Qu Puteh, Dato’ Seri Vida dilaporkan ingin menarik semula penajaannya kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana terlalu kecewa dengan situasi yang berlaku. InTrend berkesempatan mendengar sendiri maklum balas Dato’ Seri Vida tentang kemelut ini. 

 

Apa status terkini tentang penajaan Dato’ Seri Vida kepada pasukan bola sepak Kelantan?

 

Status saya berkenaan dengan penajaan ini, maaf, saya terpaksa ‘hold’ dulu, sebab saya sebenarnya perlukan sokongan. Saya tak boleh menaja-menaja sesaja. Menaja-naja syok-syok sendiri. Para penyokong bola kena beli produk saya, beli jersi, beli produk Pamoga Qu Puteh serendah RM5. Kalau mereka tak menyokong, macam mana saya nak teruskan? 

 

 

Dato’ Seri masih menggenggam bara api, bak kata orang, biar sampai jadi arang. Meski tahu sukar raih untung (atau mungkin juga tak pulang modal?) atas penajaan ini, Dato’ Seri masih meneruskannya. Kenapa?

 

Saya anak jati Kelantan. Saya sayangkan Kelantan. Sudah pasti saya akan cuba bantu selagi yang boleh. Tapi penyokong semua kena faham, 'income’ saya datangnya daripada barang-barang yang saya jual. ‘Income’ inilah yang saya gunakan untuk mengangkat kembali pasukan The Red Warriors, menyuntik dana dari belakang supaya pasukan ini dapat ditadbir urus dengan lebih baik, supaya pasukan ini bertambah maju dan tiada lagi sekatan-sekatan kewangan.

 

Tapi kalau produk anak Kelantan ini tak dapat sokongan secukupnya, macam mana? Kalau ‘income’ saya tak ada, apa pulak ceritanya? Macam mana kita nak gerak ke depan? Mana mungkin saya mampu taja pasukan Kelantan lagi?

 

 

Berapa sudah Dato' Seri laburkan?

Tajaan saya RM16 juta, dah habis pun satu musim. Tapi saya tengoklah lepas ni, kalau masih tak ada juga 'support' daripada penyokong-penyokong bola, kalau sokongan masih tak ada, tak bolehlah saya teruskan. 

 

Kalau kita nak tengok bola sepak Kelantan sukses, berjaya, kenalah bagi sokongan. Bagi sokongan bermaksud, kenalah bantu dan sokong saya juga. Sokong saya bermaksud menyokong bola Kelantan juga. Ini sokong bola semata-mata tanpa mempedulikan produk saya, tak boleh jugoklah macam tu. 

 

Kalau penyokong nak saya teruskan penajaan pada pasukan The Red Warriors, kalau penyokong rasa sudi nak ‘support’ dan sama-sama membangunkan nasib bola sepak Kelantan, saya mintaklah, belilah produk Pamoga Qu Puteh. Beli hok yang tin RM5 tu pun tak apa. Asalkan membeli itu datang dengan niat, kita sama-sama mahu memajukan, menaikkan nama The Red Warriors.  

 

>>>[KLIK DI SINI] Dato’ Seri Vida: “Subuh ke Tengah Hari Masa Mengaji dan Keluarga. Saya Kerja dari Zohor Sampai 3 Pagi”<<<

 

 

>>>[KLIK DI SINI] Apa Masalahnya Kalau Dato’ Seri Vida Mahu ‘Pink’ kan Padang Bolanya!<<<

 

 

>>>[KLIK DI SINI] 33 Momen Terpenting Bagaimana Siti Sarah disiapkan Sebelum Vokalnya Bergemuruh di #GegarVaganza3<<<

 

 

>>>[KLIK DI SINI] Sarah Raissuddin Inspirasi Wanita Bersaiz XS, #GegarVaganza3 Serlahkan Kecantikannya, Ini Buktinya<<<

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.