Jan 10, 2017 - 4853

Puskas FIFA 2016 — Ini Motivasi Terhebat Faiz Subri Merembat Gol Lencong Paling Ajaib di Dunia

Rembatannya tenang, tiba-tiba membelok lalu melencong ke bucu gawang gol. Seluruh dunia ternganga dan menggaru kepala memikirkan bagaimana rembatan mustahil itu mampu dilakukan.

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my 

 

 

Sumber foto: AFP/Getty Images 

 

 

 

 

 

 

REMBATAN gol lencong luar biasa oleh Mohd. Faiz Subri pada perlawanan Liga Super sewaktu Pulau Pinang menumpaskan Pahang 4-1 pada 16 Februari 2016 yang lalu,  yang disifatkan dunia sebagai menyanggah hukum fizik, telah diangkat sebagai Gol Paling Cantik pada Majlis Anugerah FIFA yang berlangsung di Zurich awal pagi tadi. 

 

 

 

Penang FA 2017 #fs13#adidas#legea#thisisbandaraya#thisisutara😍😍😍#hariapenangharia

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

Tahniah! Tahniah Anak Malaysia! 

Debaran itu berakhir pada jam 2.35 pagi waktu tempatan apabila nama Mohd Faiz Subri diumumkan. Rembatan ajaib Faiz itu telah meraih 59.46% undi manakala dua lagi pencabarnya, Marlone dan Daniuska masing-masing sekadar berpuas hati dengan peratusan undian yang jauh lebih rendah iaitu 22.86% dan 10.01%.

 

Kemenangan ini telah meletakkan nama Faiz sebaris dengan pemenang-pemenang gol tercantik dunia yang terdahulu seperti Cristiano Ronalda (2009), Neymar (2012) dan James Rodriguez (2014)

 

 

 

 

 

Siapa Mohd. Faiz Subri?

Tumpuan luar biasa diberikan kepada detik pengumuman pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 ini. Dikatakan ia seakan-akan menenggelamkan perhatian kepada anugerah utama iaitu Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016 yang disandang Cristiano Ronaldo. Siapa sebenarnya Mohd. Faiz Subri sehingga dunia berpaling lantas terlopong melihat rembatan ajaibnya itu?

 

 

 

Alhamdulillah terima kasih semua #abk#fs13#hariapenangharia #thisisutara#syukur

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

Faiz dilahirkan pada 8 November 1987, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah yang merupakan produk Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Hitam, Sekoah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai dan Sekolah Teknik di Arau, Perlis. Penyerang Pulau Pinang ini mula bermain bola sepak seawal usia lapan tahun.

 

Impiannya untuk mewakili negeri termakbul apabila dia terpilih untuk mewakili Kedah pada usia 18 tahun dalam saingan Piala Presiden. Dia melebarkan sayap sebagai pemain profesional pada tahun 2010 apabila dipilih menyertai pasukan Perlis sebagai pemain tengah sebelum berhijrah ke Pantai Timur. Enam tahun lamanya Faiz mengasah bakat dalam Liga Malaysia dan akhirnya dia menyertai pasukan Pulau Pinang hingga hari ini. 

 

 

 

 

Apakah Motivasi Faiz Merembat Gol Lencong Paling Ajaib?

Famili. Inilah motivasi terhebat Faiz, yang telah menenangkan jiwanya, mindanya dan rohnya sehingga dia berjaya menujukan bola lencong itu tepat ke sasaran! Dia adalah anak yang mendapat keberkatan sokongan serta doa ibu bapa. Jika dilihat pada akaun Instagramnya, ternyata Faiz adalah seorang suami dan bapa yang penyayang.

 

Dua cahaya matanya iaitu Akif Fayyadh (lima tahun) dan Muhammad Aqil Zayyan (lapan bulan) hasil perkahwinannya dengan Norzawanis Hashim, tidak pernah ditinggalkan daripada kemas kini foto-fotonya. 

 

 

 

#senyum sokmo

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

#my#love#

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kurniakan cahaya mata yg kedua..

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

 

 

 

Selamat hari ibu buat mak n mak mentua syg mak 😘😘😘

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

 

 

 

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

Selamat pagi cinta hati papa mama...sory mama @norzawanis_faiz13 trtnggl 😍😍😍

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik..ameen #fs13#puskas2016#zurich# #denganizinnya#insyaallah

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

 

Dinner...

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

 

 

Kami mengucapkan tahniah kepada Faiz. Semoga pencapaian luar biasanya ini menjadi peniup semangat kepada seluruh anak-anak muda Malaysia, dari ceruk kota dan desa, yang menyimpan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional bertaraf dunia. 

 

 

 

Sumber video: www.fifa.com

 

 

 

Sumber video: www.fifa.com

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.