Jan 02, 2015 - 50

Formula Bahagia Keluarga Mummy, Zizie & Shaheizy Sam

Ibu kepada empat orang anak ini cukup mudah didekati. Tetap setia dan peramah. Biarpun kini tidak aktif dalam seni lakon namun susuk tubuhnya sering kali kelihatan ketika menemani anaknya menghadiri majlis anugerah.

Ibu kepada empat orang anak ini cukup mudah didekati. Tetap setia dan peramah. Biarpun kini tidak aktif dalam seni lakon namun susuk tubuhnya sering kali kelihatan ketika menemani anaknya menghadiri majlis anugerah. “Mummy tak boleh rushing. Semua kena relaks dan buat perlahan-lahan,” ulas Khaty Fauziah Musa, ibu kepada Zizie Izette dan Shaheizy Sam tatkala saya menjemputnya di lobi Capri Fraser Hotel Residences di Bangsar. Hadir ditemani Shaheizy Sam juga cucunya, Cinta Matanya Fuzette; saya rasakan cukup bertuah dapat mengumpulkan tiga beranak ini untuk sesi fotografi.
 ewrfwfwefwe.jpg
“Mummy, seorang yang ‘easy going’ dan sempoi sebenarnya. Kadang-kadang kami adik-beradik menggelarkan Mummy ‘Wakil Rakyat’ sebab sifat dia yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja...”

dsfvcawsdc.jpg
Shaheizy Sam
Anak bongsun daripada empat beradik ini atau lebih mesra dengan panggilan ‘Adik’ adalah yang paling manja dan akrab dengan ibunya. Bagi Sam, tiada apa yang dapat mengganti jasa dan pengorbanan ibu yang bersusah-payah membesarkannya selepas pemergian ayah. Ujar Sam, “Saya nak balas jasa Mummy. Saya sedar walau segunung intan dan permata dilambakkan sekalipun, jasa Mummy yang melahir dan membesarkan kami adik-beradik tanpa suami di sisi, tak mungkin dapat saya balas. Mummy bukan saja ibu, tapi sahabat baik saya dalam apa jua keadaan. Baik masa susah atau senang, Mummy selalu ada. Mummy seorang yang easy going dan ‘sempoi’. Kadang-kadang kami menggelarkan Mummy ‘Wakil Rakyat’ sebab sifat dia yang peramah dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Pantang ada orang tersenyum kepadanya, mesti dia tegur dan buat kawan. Tapi jangan buat Mummy ‘naik hantu’, pasti satu kawasan perumahan boleh dengar suaranya bertempik, haha... tak payah pakai mikrofon! Selalunya kakak, (Zizie) paling kerap kena marah. Saya jarang sekali, kah-kah-kah,” jelasnya sambil tertawa.

Zizie Izette
Beruntung dikurniakan anak-anak yang menghargai pengorbanannya, tambah Mummy Khaty Fauziah lagi, “Macam Zizie kalau dia bercuti ke mana-mana, nama Mummy sentiasa disebutnya. Nak belikan untuk Mummy inilah, kalau Mummy tengok ni mesti sukalah, pendek kata semuanya Mummy. Kalau ikut dia pergi bercuti, ada aje yang diberi pada Mummy. Sama ada dia beri Mummy duit untuk shopping atau belikan apa-apa. Mummy bukan jenis yang meminta, tapi alhamdulillah anak-anak yang ingat kepada Mummy. Itu yang buatkan Mummy rasa bertuah dan sentiasa syukur mempunyai anak-anak seperti mereka,” ucapnya lagi tanpa henti. Malah definisi bahagia itu bagi Mummy Khaty bukan sekadar menerima hadiah berbentuk fizikal ataupun wang ringgit daripada anak-anak. Malah ia lebih bermakna apabila keseronokan itu dapat dikongsi bersama anak-anak, menantu dan cucu-cucu. Hidupnya terus diserikan dengan warnawarna ceria di samping insan yang menghargai dan menyayangi dirinya.

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Kayu Ukur Sebuah Perkahwinan | OLEH : Faisal Tehrani

  • Seterus →

    Formula Bahagia Keluarga Mummy, Zizie & Shaheizy Sam