Jan 20, 2016 - 10

[GAYA HIDUP] Gempar! Kemunculan Juara Dunia Formula One Di Temasya Petronas

Juara Dunia Formula One, Lewis Hamilton membuat kemunculan istimewa di temasya PETRONAS Winning Formula Experience...

 Juara Dunia Formula One, Lewis Hamilton membuat kemunculan istimewa di temasya PETRONAS Winning Formula Experience yang berlangsung di Esplanade, Suria KLCC. Selain Lewis Hamilton, Ketua Sukan Permotoran Mercedes-Benz, Toto Wolff turut hadir bersama memeriahkan majlis. Kedua-duanya diterbangkan terus dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur ─ lokasi berkumpulnya pasukan dan rakan teknikal PETRONAS untuk komitmen sidang akhbar rasmi dan sesi bertemu peminat. Sama meraikan tetamu majlis adalah pemangku Pengurus Besar Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Rizan Ismail.
Acara berlangsung pada 28 November hingga 1 Disember 2015. Acara ini menyaksikan lebih 3,000 pengunjung membanjiri kiosk-kisok dan terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PETRONAS. Temasya permotoran ini membariskan aktiviti menarik, antaranya PETRONAS Trackside Laboratory dan Pit Stop Challenge yang menerima sambutan hangat peminat tegar sukan permotoran. Istimewanya, bagi menghargai sumbangan dan pencapaian pasukan permotoran MERCEDES AMG PETRONAS Formula One, Hamilton dan Wolff menyampaikan trofi Abu Dhabi Grand Prix kepada Timbalan Presiden Eksekutif PETRONAS dan CEO of Downstream Business, Md Arif Mahmood. 
 
F1D2WCC-206.jpgF1D2WCC-211.jpgF1D2WCC-217.jpgF1D2WCC-637.jpgKTEH8176.JPGF1D2WCC-253.jpgPicture_1.JPG
 
 
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  F1PETRONAS

  • ← Sebelum

    [EKSKLUSIF]! Tasha Shila ‘Terpikat’ dengan Renault Captur

  • Seterus →

    [GAYA HIDUP] Gempar! Kemunculan Juara Dunia Formula One Di Temasya Petronas