Apr 11, 2019 - 2432

8 Negara, 30 Hari, 30 Pasang baju — Ini Tips Kembara IKA NABELLA di Benua Eropah yang Boleh Anda Ikuti

Kecintaannya terhadap keindahan alam sekitar memacu adrenalin untuk kembara seantero dunia.

 

 

intrend ika 1

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

FIGURA kecil molek ini memang obses apabila berbicara tentang kembara. Menurut pelakon dan penyanyi, Ika Nabella, “Saya memang kaki travel. Dah jadi rutin setiap tahun pergi bercuti sama ada ke luar negara ataupun sekitar Malaysia.

 

Rasa tak lengkap perjalanan hidup ini jika tak dapat jalan-jalan nikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan. Saya juga jatuh cinta sama seni bina yang cantik-cantik, sejarah dan budaya sesuatu destinasi yang dikunjungi.

 

Saya bersyukur kerana suami juga punya minat yang sama – suka kembara ke destinasi yang cantik panoramanya.”

 

 

 

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

Jom InTrenders, kita lihat foto-foto menarik sepanjang 30 hari percutian Ika Nabella di benua Eropah.

 

“Percutian 30 hari baru-baru ini kami berkelana ke beberapa negara antaranya Crotia, Bosnia & Herzegovina, Hungary, Itali, Belanda, Perancis dan United Kingdom. Kenapa 30 hari? Saya ambil peluang ini untuk bercuti lama sebaik menamatkan shooting drama. Dah penat bekerja, ini saatnya saya memanjakan diri.”

 

 

intrend ika 3

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

“Dek kerana kerap bercuti selalunya saya lebih selesa kembara on our own, maksudnya kami tidak mendapatkan khidmat agensi pelancongan. Saya gemar begini kerana tidak terikat dengan jadual dan boleh berpergian mengikut gerak hati kita.

 

Kalau rasa nak duduk di suatu tempat tu lebih lama daripada jadual asal pun tidak mengapa. Tidak melibatkan jadual orang lain.”

 

 

 

intrend ika 4

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

Keindahan Eropah Timur Belum Terusik

“Saya terkesima sebaik melihat keindahan alam yang disajikan sepanjang perjalanan di bumi Eropah Timur. Antara negara yang dilawati adalah Hungary, Crotia dan Bosnia & Herzegovina.

 

Suka sangat dapat saksikan rimbunan pohon-pohon yang menghijau, latar cantik gunung-ganang dan langit biru yang terbentang luas. Justeru, setiap kali kembara saya memilih untuk melawat ke Taman Negara, kawasan air terjun dan tasik yang lazimnya menawarkan keindahan alam semula jadi.

 

Lihatlah betapa cantiknya panorama di sekitar Tekija Blagaj dan Kravice Waterfalls di Bosnia, juga Krka National Park dan Plitvice Lakes di Crotia. Cantiknya tak terucap dek kata-kata.”

 

 

 

intrend ika 5

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

“Keindahan seni bina bangunan di kota-kota sebelah Eropah Timur juga antara karya yang perlu kita lihat. Setiap inci binaan menyerlahkan tamadun masyarakat di sana yang sudah berkembang lama.

 

Seronok dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan, sekali gus menatap keindahan hasil kerja tangan insan-insan kreatif.” 

 

 

 

 

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

Dari Milan, Amsterdam, Paris hingga ke London

“Puas jalan-jalan di blok timur, kami juga berkesempatan mencumbui keindahan Itali, Belanda, Perancis dan United Kingdom di sebelah Barat benua ini. Keempat-empat destinasi ini tidak kurang hebatnya – walau sudah agak moden wajah kotanya namun masih menawarkan keindahan tersendiri yang tiada tandingan.”

 

 

 

intrend ika 7

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

“Namun apa yang mendorong kaum wanita untuk terjah destinasi ini kerana kita boleh shopping gila-gila, hahaha… Dapat pula saya yang memang kuat shopping ni, jadi memang menjadilah agendanya.

 

Terus terang cakap ya, saya shopping untuk dua luggage bag ketika di London sahaja! Banyak sangat barang yang mahu dibeli. Kalau boleh nak angkut semua, hahaha…”

 

 

 

 

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

“Jika di Milan, saya suka beli tas tangan berjenama yang mungkin tidak dijual di Malaysia. Di Paris dan London, banyak fashion item yang boleh dibeli. Tapi item wajib dibeli setiap kali saya melancong ke luar negara adalah baju tidur.

 

Ya, saya memang obses dengan baju tidur. Saya ada koleksi baju tidur yang penuh satu almari. Kadang-kadang baju tidur yang dibeli bukan untuk kegunaan sendiri, sebaliknya saya hadiahkan kepada ahli keluarga ataupun teman-teman.”

 

 

 

intrend ika 9

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

30 Hari, 30 Pasang Baju

“Dah namanya perempuan, saya suka tampil cantik walaupun sekadar pergi jalan-jalan. Jangan tak percaya, saya bawa 30 pasang baju untuk kembara kali ini. Saya pastikan setiap hari saya sarungkan baju yang berbeza.

 

Tak mahu ulang pakai baju yang sama. Tak percaya? Tengok sahaja gambar-gambar saya – setiap destinasi saya sarungkan baju berbeza, senang nak kenal, kan?”

 

 

 

intrend ika 10

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

“Tapi yang azabnya saya kena bayar extra luggage setiap kali makan angin, maklumlah berat beg bertambah berkali ganda. Jarang sungguh saya kembara dengan beg yang isinya kurang daripada 30 kilogram, hahaha…”

 

“Selain mementingkan pakaian, saya juga menitikberatkan beauty box saya untuk penjagaan kulit dan solekan sepanjang perjalanan ini. Untuk menjaga kulit, antara item yang saya perlu bawa pelembap, masker dan sun block (ada dua jenis – base makeup dan jenis semburan).

 

Manakala alat solek boleh dikatakan semua saya bawa kecuali maskara.”

 

 

 

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

“Saya gemar ambil gambar banyak-banyak kerana rakaman momen indah ini akan menjadi satu kompilasi berguna buat saya suatu hari nanti. Sebab itu saya tidak berkisah untuk usung baju yang banyak. Yang penting walau bercuti saya tidak mahu kalah gaya.”

 

 

 

intrend ika 11

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

intrend ika 12

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

Kredit foto: Ika Nabella

 

 

 

 

intrend ikan 14

Kredit foto: Ika Nabella

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.