Jun 20, 2018 - 73

Ada Apa Dengan INDIA? — Ini Tips Kembara yang Perlu Anda Baca Sebelum ke Sana

Pesona yang kuat di Kota Jaipur, India adalah seni bina daripada aneka bangunannya yang didominasi serakan warna merah muda!

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Kredit foto: Razzi Musa

 

 

 

Jika pergi ke India, sempatkan diri untuk datang ke kota Jaipur yang terletak di negeri Rajasthan. Anda pasti terkesima melihat keindahan seni bina yang melatari kota ini.

 

Kali pertama berkunjung ke sini seminggu yang lalu (kunjungan pada pertengahan Mac), hati saya sudah terpaut dengan keunikannya. Lagipun saya suka lihat bangunan-bangunan lama dan bersejarah.

 

Terasa dekat di hati,” ujar jurusolek yang sedang hangat membina  nama, Razzi Musa kala dihubungi InTrend. “Kunjungan saya ke sini sebenarnya atas urusan kerja. Kebetulan pula tugas kali ini membolehkan saya ‘menyelam sambil minum air’ atau dalam erti kata lain sambil kerja sambil cuci mata. Banyak juga lokasi menarik yang sempat diterokai di sini.

 

 

Kredit foto: Razzi Musa

 

 

 

Kembara saya di Jaipur diawali dengan mengunjungi Jawahar Circle Garden yang terkenal dengan kesegaran suasananya saat pagi hari. Malah ukuran taman ini termasuk yang paling besar di Asia. Yang paling best, inilah salah satu tempat paling cantik di Jaipur untuk berswafoto.”

 

 

 

Kredit foto: Razzi Musa

 

 

 

“Kemudian saya sempat berkunjung ke Amer Fort atau Amber Fort yang berdiri megah memeluk atap perbukitan. Istana yang dibangun pada tahun 1,550 ini berada di atas bukit yang membenteng sejauh 692 kilometer di utara bahagian India.

 

Anugerah alam ini tidak hanya menyajikan pemandangan cantik serakan bukit menghijau yang mendakap bukit dari segala sisi, sekali gus menjadi benteng pertahanan yang kukuh. Ia dibina oleh Maharaja Man Sing I.”

 

“Keunikan Chand Baori (stepwell) pasti menggamit hati untuk bertandang berulang kali. Ia merupakan salah satu stepwell terbesar di dunia. Ia dibina dengan tujuan untuk memulihara air, sekali gus menjadi tempat berkumpul untuk masyarakat setempat.

 

Keajaiban seni bina dengan 3,500 langkah simetri yang sempit dan sempurna. Bagi saya sebagai pelancong, ini juga lokasi menarik untuk merakam kenangan indah di Jaipur.”

 

 

 

Kredit foto: Razzi Musa

 

 

“Tidak lengkap perjalanan di Jaipur jika tidak mengunjungi Hawa Mahal yang didirikan pada tahun 1,799 dan dibaik pulih pada 2006. Istana ini memiliki 953 jendela kecil yang disebut jharokahas yang bertindak sebagai ventilasi agar angin bisa masuk melalui jendela berjaring itu. Rekaan ini sangat sesuai dengan cuaca di Jaipur yang panas kering. Seni bina Hawa Mahal memang awesome!”

 

“Soal makan tiada masalah kerana di Jaipur ada beberapa restoran yang menawarkan menu halal. Jika anda rasa was-was, pesan sahaja makanan vegetarian. Pilihan saya kala berada di Jaipur sudah semestinya roti naan dan tandoori.”

 

“Jaipur menawarkan banyak pilihan aksesori untuk anda berbelanja, selain kain sari sebagai oleh-oleh buat teman ataupun ahli keluarga.”

 

 

Kredit foto: Razzi Musa

 

 

 

3 TIPS RAZZI MUSA KONGSI JIKA INTRENDERS KEMBARA KE JAIPUR, INDIA:

  • Anda digalakkan membeli air mineral di 7-Eleven ataupun pasar mini kerana terjamin keaslian dan kebersihannya. Elakkan membeli di gerai-gerai tepi jalan, dikhuatiri air mineral yang dijual adalah isian semula air paip.
  • Disaran memakai mask kerana udara di sini berdebu disebabkan cuaca panas kering, selain ada bau yang tidak menyenangkan kerana masyarakatnya membuang air kecil merata-rata.
  •  Jaipur bukan pilihan terbaik jika anda mahu bercuti merehatkan minda. Juga tidak sesuai untuk mereka yang ada anak kecil. Sesuai untuk bakcpackers.

 

 

 

Kredit foto: Razzi Musa

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.