Oct 22, 2016 - 405

Pencinta Kek & Pastri, Mengapa Anda Mesti Mencuba Keenakan Manisan di Kafe Ini?

Mencari kedai yang berkonsep moden retro beri ruang selesa untuk menjamu selera? Kafe ini paling sesuai.

 

Foto: @jaslyncakes

 

Jika anda sering ke Bangsar, pasti biasa dengan kafe dan bakeri ini. Usah gusar andainya anda khuatir dengan tekstur hidangan kek di sini. Semuanya sedap lagi enak belaka. Malah ia pilihan paling tepat buat anda yang ingin menikmati hidangan kek home-made. Lebih menarik, pengunjung dapat melihat cara-cara membuat kek dan pastri oleh pemiliknya sendiri, Jaslyn. Bukan sekadar menjual kek, kafe ini turut menawarkan teh organik, kopi dan aneka jus buah-buahan segar. 

 

 

Here we go again! πŸ™‚πŸ™ƒπŸ™‚πŸ™ƒπŸ™‚πŸ™ƒ

A photo posted by Jaslyn Cakes (@jaslyncakes) on

 

Mementingkan penggunaan bahan- bahan semula jadi dan berkualiti untuk membuat kek dan semua jenis hidangan, keenakan dan tekstur setiap hirisan kek pasti menambat cita rasa anda. Hanya menggunakan tepung organik dan telur kampung, semua bahan dan ramuannya tidak menggunakan sebarang perasa tambahan. 

 

 

Pemilik kafe, Jaslyn adalah penggemar hidangan pencuci mulut dan kerana minat juga kesungguhannya, dia mendalami ilmu dan memperincikan kemahiran seni pembuatan kek dan pastri di Le Cordon Bleu London. Sebelumnya, Jaslyn Cakes adalah label yang bertanggungjawab membekalkan kek untuk cawangan Wondermama di Bangsar Village.  

 

 

Right now- 11.10am. A full spread! X

A photo posted by Jaslyn Cakes (@jaslyncakes) on

 

Rentetan sambutan yang menggalakkan, dia memberanikan diri membuat percaturan dengan membuka kedai kek milik sendiri. Mula dibuka November tahun lalu, kafe ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga 7 malam dan ditutup setiap Isnin. www.facebook.com/ jaslyncakes @jaslyncakes 

 

Foto: @jaslyncakes

 

 

 

Raspberry jammy biscuits πŸ’«

A photo posted by Jaslyn Cakes (@jaslyncakes) on

 

 

Don't forget to ask for a macaron today!

A photo posted by Jaslyn Cakes (@jaslyncakes) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.