May 11, 2017 - 1576

Wanita Ini Kembara 22 Hari Cara 'Backpackers' — Ini TIPS Selamat Kalau 'Travel' Tanpa Orang Lelaki

Tidak semestinya melancong perlu ke tempat yang menarik sahaja. Lihat kembara tiga wanita ini yang menerokai alam semula jadi yang terdapat di empat daerah di bumi Indonesia.

 

 

 

Oleh: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

TERIAKAN alam semula jadi yang tidak terusik menyedarkan kita bahawa bumi tuhan itu cukup luas dan indah adanya. 

 

Jauh dari rumah, banyak hal yang dipelajari. Sekali gus membuatkan kita lebih dekat dengan kelemahan dan kelebihan diri kita sendiri. Kembara 22 hari kali ini dijalani oleh tiga wanita dengan beg galas kurang daripada 20 kilogram. Lapan hari bersama kumpulan kecil dengan 16 anggota ke daerah Labuan Bajo, Wae Rebo, Pulau Komodo dan Pulau Flores, selebihnya hari saya bertiga sahabat kembara untuk mendekatkan diri lebih kepada alam dan diri sendiri. 

 

Negara kami lawati iaitu Indonesia yang cukup kaya dengan hal semula jadinya, perjalanan kali ini beralaskan peluh dengan naik turun bukit, air terjun dan gunung. Juga berselimutkan rasa tenang dan syukur. Tiada jalan atau kemudahan mewah yang masuk dalam jadual perjalanan kami. 

 

Dengan menaiki kapal terbang ke Bali sebagai transit sebelum ke Labuan Bajo, kami kemudian di bawah pengurusan dan pengawasan kumpulan The Fadaelo Project menaiki bot selama tiga hari dua malam untuk mendekati Pulau Komodo dan Flores. 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

Untuk seseorang yang janggal dengan rasa mendaki bukit dan melakukan aktiviti esktrem luar, kepayahan kali ini mungkin tiga kali ganda untuk orang biasa beraktiviti luar. Namun segala penat, lelah, hampir putus nyawa berbayar penuh dengan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan oleh Pulau Kanawa, Pulau Padar, Pulau Kelor dan Teluk Manta. 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

Air jernih memangil-manggil dengan tenang untuk didekati bukan sekadar mencecahkan kaki. Keadaan yang tenang dan seakan tidak diusik manusia dengan kata dan perlakuan ‘binasa’ ini membuatkan kita (semakin) sedar bahawa bumi Tuhan itu cukup luas dan indah adanya. 

 

Di sini terpanggil rasa kerdil dan lemah diri yang membuatkan saya sedar bahawa banyak hal lagi yang perlu digali dan dipelajari selain meletakkan telefon tangan sibuk di jari. 

 

Sebaik sahaja kaki kami menapak ke puncak setiap destinasi pendakian, setiap satu mata tidak berkelip melihat hamparan langit biru bertemankan air laut yang warnanya sukar didiskripsi dengan cuma kata. Hanya pengalaman yang akan mendasari semua rasa ini. Maka cubalah kalau berpeluang. 

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

KAMPUNG ATAS AWAN 

Usai tiga hari dua malam dalam bot yang cukup mewah dengan hidangan ‘homecook’ oleh Kapten Bot, kami kemudian berdepan dengan cabaran sebenar. Hampir tidak tidur malam memikirkan bagaimana untuk menaiki bukit menuju Wae Rebo — sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Atas Awan. 

 

Bermula dengan perjalanan kereta hampir tujuh jam ke Denge, jalan yang berliku membuatkan kami cukup sukar tidur. Berehat seketika di rumah ’ketua kampung’ Denge iaitu Pak Blasius, kami membius semangat dan jati diri dengan rasa dan yakin boleh untuk menuju Wae Rebo. 

 

Di pertengahan jalan, hujan turun. Pastinya semakin sukar pendakian yang dikhabarkan akan berlaku dalam masa empat hingga lima jam. Namun berkat kesabaran dan ketenangan 16 kepala pendaki, hanya durasi tiga jam diambil untuk kami mendekati Wae Rebo. Alhamdulillah. 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

 

BERSAHABAT DENGAN ALAM 

Disambut oleh Pak Rafael selaku Ketua Kampung Atas Awan, masa dua hari satu malam diambil untuk mendekati perkampungan yang mempunyai enam buah ‘rumah’ berbentuk kon ini. Anak-anak kecil menjadi penyambut tetamu yang cukup ramah dan informatif. Mereka cukup gembira dengan ‘jajan’ makanan yang dibawa serta permainan buih sabun yang menjadi hidangan mainan petang. Juga warga dewasa cukup gembira dengan bekalan ubat-ubatan yang diserahkan oleh Tong Sudey, ketua rombongan kami. 

 

Ternyata detik jam di Wae Rebo bergerak perlahan. Namun ini satu hal yang ditambah untuk pembelajaran diri ialah bagaimana berdepan dengan kekurangan untuk menjadikan ia satu kelebihan. 

 

 

MENARIK

Durasi dan jarak pendakian Wae Rebo adalah 8.6km yang mengambil masa tiga jam. Jarak turun pula 6.4km untuk satu jam 50 minit. 

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Komodo National Park mesti dikunjungi jika kembara ke Pulau Komodo. )

 

 

 

Tiada jaringan internet langsung di atas Wae Rebo dan waktu tidur bermula jam 10 malam apabila listrik dimatikan. Jadi apa yang kita lakukan ialah bersahabat dengan alam dan manusia. Mendekati alam secara dekat dan bukan dengan rutin ‘ambil gambar’ lantas ‘pos’. Melihat bintang di langit dan merasai sejuk malam. Berbicara terus dengan manusia di sebelah dengan sentuhan dan pendekatan kata-kata untuk saling mengenali. 

 

Kampung Atas Awan benar-benar menimbulkan nostalgia yang tersendiri kerana sedutan udara yang masih segar dan semula jadi serta aroma kopinya yang ditanam serta ditumbuk sendiri oleh warga Wae Rebo. Anak-anak kecil di sana dengan senyuman paling naif dan tulen, rindu. 

 

Kami pulang ke Labuan Bajo, bermain semula dengan internet dan bersiap-siap ke lokasi masing- masing kerana ini merupakan lokasi perpisahan kumpulan di bawah The Fadaelo Project ini. 

 

Selesai tugasan menanda kehadiran di pulau- pulau yang bersahabat dengan Bali, kami bertiga meneruskan penjelajahan ke Bali, Gili Trawangan, Bandung dan Jogjakarta. 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik

 

 

Menaiki kereta api selama hampir lapan jam dari Bandung ke Jogjakarta juga sebuah pengalaman manis. Menyusuri jejak ‘Ada Apa Dengan Cinta’ atas kemahuan seorang sahabat yang merupakan peminat tegar Nicholas Saputra, pengalaman luar biasa di Jogjakarta juga dibalut dengan pendakian ke Negeri Atas Awan di daerah Kediwung. Bangun seawal tiga pagi dan berada tepat di celah awan pada sekitar lima pagi, kami kemudian larut dalam suasana menatap matahari naik.Indah dan memukau, hanya Tuhan yang tahu. 

 

 

 

BUMI LANGIT 

Mengalas perut dengan makanan enak di Bumi Langit atas saranan Nicholas Saputra, jejak kami kemudian menyusuri budaya dan indahnya alam Jogjakarta. Dengan dibawakan oleh Sekar Sari, pelakon filem Siti selaku pembawa tetamu, Sekar tahu menambat selera mata dan rasa kami dengan suasana alam dan ilmu. Salah satu tempat yang dibawa Sekar ialah Muzium Ullen Sentalu yang menawarkan ilmu tentang kerajaan Mataram dan Jogjakarta khususnya. Sebuah muzium yang saya rekomendasi sebagai lokasi wajib dikunjungi. 

 

Destinasi terakhir kami ialah Bandung, juga dengan menaiki kereta api dari Jogjakarta. Bandung indah dengan kesejukannya tersendiri. Bandung sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia, tiada apa yang saya dapat lanjutkan penceritaan tentang Kota Hujan ini kerana khalayak lebih banyak tahu. 

 

Konklusi kepada perjalanan ini, saya simpulkan bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang di luar kotak fikiran mampu kita. Mendekati alam membuatkan kita tahu perletakan diri, emosi dan ego kita di mana. Lebih penting kita tahu bahawa banyak hal yang kita perlu berterima kasih kepada Pencipta. 

 

Terima kasih Azni dan Dahnah atas pengalaman dan persahabatan 22 hari beg galas belakang! 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Keindahan buana buat rinduku makin menggebu.)

 

 

 

3 TIPS UNTUK KEMBARA BEG BELAKANG

1. Sebaik-baiknya dapatkan teman yang sudah banyak pengalaman melancong gaya backpackers. Ini kerana mereka berbesar hati untuk berkongsi pengalaman.

 

2. Pilih destinasi kembara anda. Fikirkan juga mengenai masa yang anda ada, tahap kecergasan, jarak untuk setiap perjalanan, logistik dan cuaca. 

 

3. Pastikan anda membawa barang keperluan peribadi sesuai dengan destinasi yang dituju. 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Anak-anak kecil menjadi penyambut tetamu di Wae Rabo. Mereka cukup gembira tatkala berpeluang menikmati kudapan.) 

 

 

 

APAKAH BAJETNYA? 

Jika InTrenders berhajat mengunjungi destinasi serba indah lagi menarik di bumi Indonesia ini, bajet untuk seluruh perjalanan selama 22 hari gaya beg belakang (backpackers) menelan belanja sekitar RM3,000 seorang. Jumlah ini merangkumi bayaran untuk makan-makan, pengangkutan dan penginapan.

 

Namun ini tidak termasuk tiket penerbangan pergi balik. Buat penulis, dia membelanjakan RM1,400 untuk tiket penerbangan ke destinasi tertentu. Jika anda ‘kaki jalan’, harga bukan alasan untuk tidak kembara mengelilingi dunia dan menatap keindahan alam. 

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Kaki bukit di Gili Laba iaitu lokasi permulaan mendaki yang cukup mencabar ketahanan diri.) 

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Gili Laba Flores sungguh menakjubkan) 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Menikmati keindahan Hutan Pinus Imogiri pada pagi hari.) 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Sofiatul Shima Wan Chik (Rumah berbentuk kon inilah tempat penduduk Wae Rebo berteduh daripada hujan dan panas.)  

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.