Feb 18, 2016 - 4413

(KISAH BENAR!) Kisah Pilu Zarina Zainuddin Besarkan Anak Kembar Autistik Dapat Perhatian Netizen

“Diherdik pelanggan kedai adalah perkara biasa. Saya hiba mereka tidak faham takdir seorang anak autistik.” – Zarina Zainuddin...

 880b37af34d08c311741dd9347499279.jpg
     Artikel berjudul “Akustik Cinta Autistik” (tersiar dalam majalah InTrend Malaysia edisi Februari 2016) yang ditulis berdasarkan kisah benar dan pengalaman Zarina Zainuddin mengasuh anak-anaknya yang autistik; menerima respons positif para netizen. Petikan pendek artikel tersebut yang dikongsi di laman Facebook “Autisme Malaysia” ternyata mengundang simpati dan maklum balas ramai ibu bapa. Kebanyakan mereka yang turut dikurniakan anak-anak syurga ini memahami situasi yang dihadapi oleh Zarina Zainuddin. Ayuh, kita ikuti apa komen dan reaksi mereka.

“Saya pernah rasa, anak saya merajuk... sekelip mata dia hilang. Ada yang nampak dia bawak beg, dia lari dari rumah. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tau macam nak luruh jantung…” - @Norlaila Dlaila Dlaila
 
“Memang anak-anak ni minum air orang lain, kan? Anak saya pun macam tu. Saya kalau tak betul-betul, memang tak pi makan kat kedai. Tak mau mood down disebabkan masyarakat yang tak tahu apa itu autisme. Anak saya memang tak dok diam. Bila leka, dia akan pergi ke meja orang lain dan tarik air orang lain. Tak sanggup dengar orang tu herdik anak kita. Biarlah dia maki saya dari herdik anak saya…” - @Murnie Binti Ithnain
 
 
“Baca pun dah mengalir air mata. Sesiapa yang ada anak syurga ini jer lebih memahaminya…” – @Rozi Rahman
 
“Anak saya pernah rampas ayam goreng di R&R dulu. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya masa tu. Orang hanya memandang sinis…” - @Baiah Ahmad
 
“Sama, anak saya pernah makan makanan orang lain tanpa dipelawa, dan pernah main game orang lain. Lalu orang sound anak saya kurang ajar…” - @Siti Rohaya Mohd Shukor
 
“Banyakkan bersabar puan. Sedih saya membaca cerita puan ini. Kuatkan semangat puan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya…” - @Zuilkifli Ali
 
“Ujian luar biasa buat ibu-ibu yang luar biasa. Semoga ibu-ibu sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak syurga ini…” - @Siti Norul Aini Hasmidar

0f96c7000479ed5fb878c54a5879e253-(1).jpg27c26f2c7e887d64dcf6d9c8605ced73.jpg668da3142e37a85f5e9de492fff0bf39-(1).jpgbf1fe13754e40609f2ce6428ae1c7db5.jpgc0159de62ea547f64aaca233240570bb-(1).jpgf5ccc844b0528bef87d51c8c360b5427.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.