Jul 29, 2019 - 72

Kedai Konsep KK Dah Ada Oden! – Nak Tahu Apa yang Menarik Lagi Kena Baca Ini

Tawarkan suasana lebih eksklusif, selesa, pengalaman dan perkhidmatan yang berkualit – anda pasti teruja mahu lepak disini.

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

Intrend kk 1

 

 

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, KK Super Mart telah melancarkan kedai konsep KK bertempat di No 54, Jalan Bulan Off Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Kedai konsep KK Super Mart yang pertama di Malaysia ini menampilkan penyediaan makanan sedia untuk dimakan dan konsep makanan segar dengan menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenis makanan.

 

 

Intrend kk 2

 

 

Oden di Kedai Konsep KK!

Pengalaman wakil media yang diundang ke sini sempena pelancaran rasmi Kedai Konsep KK tidak kurang meriahnya. Dijamu dengan pelbagai jenis sajian, boleh dirumuskan setiap juadah yang ditawarkan bertaraf premium.

 

Dan apa yang lebih menarik adalah, makanan yang dijual semuanya buatan Malaysia antaranya Sos Sate Premium dengan Kangkung, Asam Pedas Oden (dengan sentuhan Jepun), Hainanese Chicken Chop, Nasi Ayam Rendang Bento, Pao dan Siew Mai. Istimewa buat penggemar pencuci mulut, Gelateria Musang King turut disediakan.

 

 

Intrend kk 3

 

 

Lepak di B Café

Di aras bawah Kedai Konsep KK  menempatkan ruang membeli-belah aneka barangan keperluan harian yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

 

Pelanggan yang lebih suka pilihan makanan yang lebih sihat boleh memilih sendiri makanan mereka dengan pelbagai bahan-bahan segar untuk dipilih di Bar Sandwic dan Salad. 

 

Terdapat juga beraneka jenis makanan berdasarkan roti, seperti roti bun, kek, biskut dan muffin yang dijual sepanjang hari.

 

Isitmewa buat penggemar oden, jangan lepaskan peluang menikmati makanan kegemaran Jepun seperti oden yang resipinya diolah selera tempatan.

 

Dihidangkan dalam tiga jenis sup berperisa: Asam Pedas, Mala dan Sup Jernih, kalian boleh pilih sendiri mana satu yang menepati cita rasa dan selera.

 

Apa yang pasti, harga yang ditawarkan amat berpatutan.

 

 

Intrend kk 4

 

 

Antara tarikan baru Kedai Konsep KK adalah BB Tea di mana pelanggan boleh menikmati QQ Jelly dan Kacang Merah sebagai topping yang disajikan dalam teh susu segar.

 

Peminat ais krim pula pasti tidak mahu ketinggalan untuk mencuba pelbagai ais krim yang lazat seperti coklat, strawberi dan mangga atau rasa inovatif seperti Musang King dan yogurt beku dengan lebih 15 topping untuk dipilih.

 

 

Intrend kk 5

 

 

Menawarkan persekitaran kedai serbaneka yang unik kepada para pelaggan untuk dinikmati, pelanggan pasti teruja mahu meluangkan masa sambil bersantai dan menjamu selera disini.

 

 Bagaikan sebuah kafe moden kontemporari, itulah rumusan ringkas menggambarkan suasana eksklusif di B Café yang terletak di tingkat atas Kedai Konsep KK ini.

 

Menawarkan kopi segar dan pelbagai jenis makanan, kafe berkeluasan 1,000 kaki persegi ini lebih luas sekali gus memaparkan ciri dan suasana yang santai.

 

Baik daripada penataan cahaya, pemilihan perabot dan finishing; ia bagaikan sebuah restoran setaraf kafe dan restoran premium.

 

Dengan pencahayaan semula jadi dari tingkap yang membolehkan pelanggan melihat suasana di luar kafe, ia amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin berehat, berbual atau bekerja dalam ruang yang cukup selesa.

 

Lebih menarik, dua buah kerusi urut turut disediakan untuk memastikan pelanggan terus setia di sini. Pendek kata, kalian pasti selesa disini.

 

 

Intrend kk 6

 

 

Promosi Istimewa!

Diskaun 20% ditawarkan untuk semua set bento bermula 23 Julai hingga 11 Ogos 2019 khusus buat pelanggan istimewa Kedai Konsep KK.

 

Seterusnya promosi akan terus berlangsung dengan pemberian diskaun 20% ke atas semua sandwich yang dibuat atas pesanan dari 12 Ogos hingga 31 Ogos 2019.

 

Jadi, tunggu apa lagi InTrenders? Jom serbu Kedai Konsep KK hujung minggu ini okey!

 

 

Intrend kk 7

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.