Jan 28, 2017 - 744

Keunikan Deko Kafe Ini, Pelanggan Sanggup Lepak Berjam-jam. Percaya Atau Tidak? Ini Sebabnya

Apa uniknya kafe ini? Mungkin kopi, makanan atau dekorasi tempat ini yang menjadi tarikan.

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Kredit foto: Feeka Coffee Roasters

 

 

Terletak di celah-celah ibu kota, Jalan Mesui, Changkat Bukit Bintang; Feeka Coffee Roasters menawarkan pengalaman yang lebih daripada sekadar menghirup secawan kopi. Malah menjadi visi kafe ini untuk dikenali sebagai lokasi pilihan bagi mereka yang ingin lari sebentar daripada kesibukan ibu kota.

 

 

 

Yup. Good things happen when there's coffee and butterscotch involved 😍 #feekacoffeeroasters #feekacoffee #feekabreak #cafeinkl

A photo posted by Feeka Coffee Roasters (@feekacoffeeroasters) on

 

 

Berbekalkan kualiti kopi premium, kafe ini turut menawarkan seleksi pastri juga menu lain buat pelengkap sajian harian anda. Menurut pemilik kafe, Jen dan Alex; konsep kafe ini ingin mengajak pengunjung agar bersantai dan berehat seketika sambil menikmati aneka hidangan yang disajikan. Menawarkan variasi kopi, jus buah- buahan segar, ajnas pilihan kek dan barisan menu enak seperti Moroccan Chicken with Chick Peas, pasti membuka selera anda! 

 

 

 

Try our open faced sandwiches available from 2pm - 6pm. #feekacoffeeroasters #feekacoffee #cafeinkl

A photo posted by Feeka Coffee Roasters (@feekacoffeeroasters) on

 

 

Lebih daripada itu, lokasi strategik Feeka Coffee Roasters dalam kawasan segi tiga emas membolehkan pengunjung tempatan selain mereka yang bekerja di kawasan sekitar pejabat berhampiran juga pelancong asing untuk menjengah ke kafe ini. 

 

 

Kredit foto: Feeka Coffee Roasters

 

 

Menyingkap seketika mengenai hiasan dan dekorasi kafe cukup menyenangkan. Menjanjikan keselesaan, suasananya nyaman lagi menenangkan. Diberi sentuhan hiasan minimalis dan segar, elemen moden turut diterapkan dalam reka letak baik pemilihan perabot dan kemasan dinding. 

 

 

 

 

Saat kaki anda melangkah masuk; aroma kopi dibru segar seakan- akan memanggil untuk anda terus berada di sini. 

 

FEEKA COFFEE ROASTERS

Dibuka setiap hari, kafe ini memulakan operasi setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi hingga 10 malam; manakala setiap Jumaat hingga Ahad, ia dibuka jam 9 pagi hingga 11 malam.

 

Jika anda berada sekitar kawasan Bukit Bintang, jangan lupa singgah dan luangkan masa sambil menikmati secawan kopi di Feeka Coffee Roasters, 19, Jalan Mesui, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

Hubungi talian 03-2110 4599 untuk keterangan lanjut. Follow @FeekaCoffeeRoasters dan Facebook www.facebook.com/feekacoffeeroasters bagi mengetahui pelbagai promosi dan perkembangan terkini kafe ini. 

 

 

Kredit foto: Feeka Coffee Roasters

 

 

 

 

 

Perfect moment. #feekacoffeeroasters #jalanmesui

A photo posted by Feeka Coffee Roasters (@feekacoffeeroasters) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.