May 19, 2017 - 132

Oh! Rupanya Ini Sebab Kita Rasa Bahagia Kalau Dapat ‘Shopping’

Rupa-rupanya 'shopping' itu juga sejenis terapi diri. Kami temui sebab-musababnya yang pasti gembirakan banyak wanita.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

 

PENAT kamu bekerja sepanjang minggu, jadi hargailah wang yang diperoleh dengan wajar agar hidupmu jadi lebih aman dan tenteram. Selamat berbelanja, semoga dirimu lebih bahagia.

 

SEBAB 1

Motivasi Diri

Agar wang perbelanjaan nampak terurus, wujudkan motivasi dalam diri dan pastikan tujuan hidup kamu. Tanya pada diri sendiri apa yang sebenarnya diinginkan. Apa pun harapan kamu, motivasi pasti akan memacu semangat untuk menabung!

 

SEBAB 2

Nyahkan Dorongan Berbelanja Sakan

Berbelanja meningkatkan kadar hormon serotonin yang membuat kamu bahagia (tetapi untuk waktu yang singkat sahaja). Jika tidak dikekang tabiat ini, kamu bakal menyesal melihat wang simpanan kian menipis. Atasi dengan aktiviti lain yang boleh membuat hati kamu bahagia tanpa membebankan kantung sakumu.

 

SEBAB 3

Nilai Perbelanjaan Lalu

Periksa isi almari kamu. Perhatikan barang-barang yang pernah dibeli, tapi tidak pernah kamu pakai. Catat harga setiap barang, lalu jumlahkan. Sekarang kamu tahu banyaknya wang yang telah dibelanjakan. Jadi, usah membazir lagi! Hargailah wang hasil titik peluhmu sendiri.

 

SEBAB 4

Miliki Sifat Percaya Pada Diri

Ingat, barang-barang mahal tidak akan buat dunia tunduk kepada kamu! Kebahagiaan sejati tidak datang daripada apa yang kamu miliki, tetapi daripada rasa bahagia dan kesedaran bahawa kamu tidak perlu membuktikan apa-apa pun walau kepada siapa-siapa pun. Justeru, jadilah diri sendiri dan jalani hidup ikut kemampuan.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.