Apr 06, 2017 - 38299

Menu Kasih Sayang OZLYNN Untuk Suaminya JOHAN dan Famili yang Boleh Kita Contohi

Ozlynn yang cantik dan lincah, rupanya berganda lincah kala berada di dapur. Ini menu penuh kasih sayang hasil air tangan Ozlynn buat suami dan seisi famili.

 

 

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

OZLYNN bukan sekadar isteri buat penghibur kesayangan Malaysia, Johan. Tahukah anda, Ozlynn yang bertindak sebagai pengurus buat Johan, turut mengambil peranan sebagai penasihat dan penjana idea, malah pernah juga bertindak sebagai penulis plot idea untuk banyak ilham-ilham lelucon yang dipersembahkan Johan selama ini? 

 

Di sebalik muat naik status-status Instagramnya yang gila dan gila-gila di akaun , dia sebenarnya membawa cerminan seorang isteri moden urban yang tidak pernah sekali-kali mengabaikan tanggungjawab hakiki seorang isteri dan ibu. 

 

Namun bukan sisi itu yang mahu kami angkat di sini. Apa yang mencuit hati kami adalah kesiagaan Ozlynn yang sentiasa tangkas, cergas dan tidak pernah mengambil mudah menu harian seisi keluarganya. Ayuh kita lihat sejenak lauk-pauk air tangan Ozlynn yang boleh anda jadikan ilham untuk santapan sekeluarga. 

 

 

DUA JENIS LAUK KETAM AIR TANGAN OZLYNN UNTUK FAMILI 

Ini Cerita Ozlynn: 

"Menu nerves nama dia... haaaa gitewwww! Ketam masak lemak cili api, ketam sup, sayur campur, terubuk laut bakar, sambal cili api kicap... ye terubuk macam hangit sikit. Gitu la bila ko mintak tolong bibik tengokkan kejap sementara ko jawab telefon. Dah namanya suruh dia tengok. Dia tengok je lah! Nak marah pun, hurmmmm... tak apalah, benda dah jadi. Salam Jumaat buat kalian..."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

IKAN MERAH MASAK KICAP HALIA

Ini Padanan Lauk Ozlynn: 

"Haaaa... dari kelas ngaji kita bertukar ke kelas masakan pulak ya cik kak-cik kak dan cik bang-cik bang sekalian. Jom makan sotong masak lemak kuning, ikan merah masak kicap halia dengan peria goreng tumis udang kering pecah telur. Dah tu jek. Selamat menjamu selera. Salam..."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

SUP IKAN DENGAN KETAM MASAK KARI STAIL MAMAK

Ini Kata Ozlynn:

"Lauk hari ini bawal cermin goreng dengan ketam masak kari stail Mamak. Baki lauk semalam, sambal bilis cili api kentang dengan sup ikan merah."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

ENAKNYA KANGKUNG BELACAN DILAWAN HATI GORENG GARING DENGAN BAWANG 

Menu Cadangan Ozlynn:

"Menu hari ini, kangkung belacan, udang masak kicap, hati dan pedal goreng garing campak bawang dengan (Bibik teringin). Sarapan tadi nasi goreng bilis petai (baki sambal petai semalam, motif tak nak bazir lauk). Ohhh... menu semalam lupa nak upload, kepala ikan merah masak kukus. Sup bayam, telur dadar, ayam kicap stail Cina dengan ayam rempah. Alhamdulillah kenyang sudah! Tunggu anak-anak balik."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

PANDAINYA OZLYNN MENGELIM KULIT KARIPAP 

Ramuan Karipap yang Boleh Anda Cuba:

"Alaaaaa tak sempat nak bagi daddy dan mummy  makan karipap kentang daging. Ramuannya tepung gandum, Planta, air yang dicampur garam. Gaulkan tepung dengan Planta. Guna lebih Planta sampai dia sekata melekat dengan tepung sehingga tepung berwarna kekuningan. Nak guna minyak sapi pun boleh. Curahkan air sedikit-sediikit untuk jadikan doh. Tips nak rangup senang. Lebih Planta, kulit tepung akan jadi rapuh dan sedap dimakan. Kalau lebih air, keras la kulit tepung korang."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

UDANG SAMBAL MANIS JUMPA UDANG MASAK KICAP

Ozlynn Tetap Memasak Walau Anak Tiada di Rumah: 

"Sunyi rumah sebab Baby Chantiq tak ada. Tapi tetap masak sambil lap air mata di dapur. Kalau lauk hari ini masin mungkin sebab banyak air mata yang menitis... aceeeceeeceeeeehhh! So menu kita udang sambal manis, udang kicap, buncis goreng pecah telur dengan ikan kembung masin goreng cili api... haaaaaaaa! Barangkali berat hari ini oleh naik sampai 3 kilo."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

SEDAPNYA UDANG HARIMAU MASAK LEMAK CILI API

Kata Ozlynn, Ikut Selera Tiap Ahli Keluarga:

"Tahniah pada kaum Adam yang pergi solat Jumaat. Upah untuk papa, ikan merah goreng garing dengan sambal kicap cili api ditaburi bawang yang dihiris halus. Untuk budak-budak, ayam kicap stail Cina. Sayur kobis goreng disimbahi dengan lobak segar dan anak-anak udang untuk aku dengan bibik. Udang rimau bapak besar ko! Masak lemak cili api." 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

NASI AYAM JUGA KESUKAAN JOHAN

Kisah Nasi Ayam Kesukaan Famili:

"Hari ni nasi ayam. Anak sulung request. Fuhhhh... bapak diorang tau memang melompat la! Semua hantu ayam! Haishhhhhh... Jemput makan semua. Kawan-kawan atau adik-beradik, nak makan datang sendiri. Nak hantar tak kuasa. Nak pergi mencantikkan diri jap. Salammmmm..."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

LAUK 'KITAR SEMULA' TAPI SEDAP DAN KREATIF 

Ini Panduan Ozlynn Supaya Tak Membazir: 

"Masak ni sebenarnya tak susah kalau ko seorang yang kreatif. Atau bahasa kasarnya pemalas macam aku. Contohnya, semalam aku buat udang masak kicap kan? Kuahnya masih banyak. So jangan membazir. Kicap mahal. Minyak pun mahal. Jadi aku hiris bawang dengan cili api, panaskan balik kuah kicap tu, sumbat bahan tadi ke dalam kuah. Dapur sebelah, aku goreng telur mata kerbau. Bila mendidih, aku bubuh telur mata dalam 5 biji. Settle! Sambal petai semalam pun ada lagi. Panaskan je. Bayam? Malas jugak? Hiris saja semua bahan dan tumis. Masukkan batang bayam, masukkan air. Apabila mendidih masukkan pulak daun dan udang. Masukkanlah garam atau apa-apa serbuk yang ko suka. Settle! Ikan? Ahhh... goreng aja lah. Confirm bertambah dan pastinya malam ni aku kena masak lauk lain! Percayalah kehebatan lauk kreatif lebih laris daripada lauk beria-ia yang ko buat tu. Selamat mencuba okey!"

 

Sumber foto: Instagram

 

 

KUETIAU UDANG BASAH YANG SEDAP 'KABABOM'

Cara Ozlynn Memasaknya: 

"Kan dah cakap, menu malam lain. Kuetiau udang basah-basah dan pedas-pedas manja... yang penting Baby Chantiq makan tak berhenti. Ambil 42 biji bawang putih, tumbuk lumat. Macam tadi aku pakai bawang putih yang dah siap dicincang beli di Giant. Panaskan kuali, letak minyak zaitun atau apa-apa minyak pun boleh. Tumis bawang putih tadi sampai warna perang, masukkan cili boh. Aku buat sendiri tau. Buang biji cili kering, rebus dan kisar. Ikut tekak ko, macam aku pakai senduk sup Cina yang kecil tu dalam 2 sudu penuh. Tumis lagi sampai garing. Letak garam, lepas itu masukkan udang atau isi kerang. Bila dah dekat nak masak, terus cuci kuetiau ibarat meleraikan satu persatu. Campak dalam kuali, renjis kicap. Aku pakai Kicap Manis Kipas Udang, sampai gelap. Dah sebati, pecahkan telur di tengah-tengah. Macam aku pakai 5 biji telur. Gaul semua sekejap kemudian masukkan kucai dan taugeh. Gaul sebati, hah siap! Jangan tanya lagi. Salam..."

 

-

Sumber foto: Instagram

 

 

MENU IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

Badan di Dapur, Hati Terbang Melayang Teringatkan Anak:

"Alaaa... lupa nak share menu! Nasib baik ada yang tanya, ni dia masak lemak cili api ikan tenggiri, sayur kacang panjang dengan lobak tumis bilis dan belacan. Lepas tu ada ayam kentang stail Cina. Jangan tanya aku cara-cara nak masak. Aku malas hari ini. Tengah asyik teringat Baby Chantiq nih... rinduuuuu!"

 

Sumber foto: Instagram

 

 

IKAN SALMON PANGGANG UNTUK ANAK YANG KURANG SIHAT 

Masaklah Dengan Ikhlas dan Penuh Kasih Sayang:

"Kena masak awal. Kasihan tengok Baby Chantiq dan Abang Haziq, sampai tak lalu makan. So kita masak yang tak buang masa okey? Siakap kukus berkuah, asparagus bersama kawan-kawannya dan ikan salmon yang dipanggang. Tu jek..."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

BILA SUAMI OZLYNN KATA, "YOU MASAKLAH YANG SIMPLE-SIMPLE..."

Ini Jawapan dan Menu Ozlynn:

"Letih semalam tak habis lagi. Tapi shuben cakap you masaklah yang simple-simple. Kesian budak-budak. So kita masaklah menu ringkas. Ikan bilis kentang goreng cili api, menu aku tuh bahahahaa! Jenahak kicap halia sebab bebudak punya favourite, asal namanya kicap! Ayam kari semalam, saki-baki yang Bibik kata sedap ni kak! Tapi aku percaya laki aku pun sama macam Kak Puyie suka ayam. Menu terakhir mama belanja untuk fans Chantiq. Wahhhh... dah ada fans ke ko nak? Bahaha, tak payah feeling diva. Mama tetap akan ajar ko hidup susah macam mama dan papa rasa dulu."

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 Sebab Que Haidar Menjadi Idola Merangkap ‘BFF’ Buat Anak-anak Perempuan Kacukannya

  • Seterus →

    “Allahu! Cantiknya Nora!” — Reaksi Peminat Lihat NORA DANISH Bertudung Putih Suci, Simbolik Bermulanya Hidup Baru