Aug 19, 2016 - 85

Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri Terlepas Pingat: Apa Kata Rakyat Malaysia?

Ya, kita gagal meraih sebarang pingat dalam acara terjun perseorangan wanita 10m platform. Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah... Kalian sudah lakukan yang terbaik!

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my
Sumber: ASTRO Awani 

 

PAGI tadi, menyaksikan dua penerjun negara; Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri selesai melakukan acara terjun peseorangan wanita 10m platform di Sukan Olimpik Rio. Di peringkat akhir, Nur Dhabitah Sabri mengakhiri saingan di tangga ke-9 dengan mengumpul 338.00 mata manakala Pandelela Rinong berada di tempat ke-11 daripada 12 peserta. 

Sumber: Official Facebook Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri 


Meskipun kemenangan tidak berpihak kepada atlet negara, mereka tetap bekerja keras bagi membawa pulang pingat yang diharap-harapkan.

Buat gadis 17 tahun, Nur Dhabitah Sabri yang menduduki tempat ke-9 dalam acara terjun peseorangan wanita 10m platform, ini adalah percapaian terbaiknya di Sukan Olimpik kerana ini merupakan kali pertama Dhabitah menyertai Sukan Olimpik Rio 2016. 

Walaupun tidak memenangi sebarang pingat bagi acara ini, rakyat Malaysia sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat buat kedua-duanya. Ini adalah antara komen rakyat Malaysia buat Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.



 

 



 





 





Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.