Aug 17, 2016 - 94

Libasan Terakhir Goh V Shem dan Tan Wee Kiong Berjaya Merobohkan Tembok Besar China

Kejayaan beregu lelaki negara di Sukan Olimipik 2016, pasti memberi kenangan manis apabila berjaya robohkan Tembok Besar China dengan tenang.

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my 
Sumber: ASTRO Arena & ASTRO Awani
 


Foto: ASTRO Awani


Pingat emas mula mendekati atlet badminton negara, apabila beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mencipta sejarah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Pelawanan sengit akhirnya berjaya menewaskan pasangan dari China, Hong Wei dan Chai Biao. 


Pastinya ia agak sukar menewaskan pasangan beregu China ini, atas sokongan penyokong dalam Stadium Riocentro di Rio dan di Malaysia mereka berjaya melepasi halangan tersebut. Kemenangan mereka dalam set pembukaan dengan 21-18 menjadi pembakar semangat pemain beregu untuk terus mencapai kemenangan. Meski kalah dalam set kedua dengan 12-21, pasangan nombor 12 dunia ini kembali bangkit dengan persembahan yang mantap dalam set ketiga. Set ketiga lebih sengit apabila China mengejar dekat namun Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya mendapatkan mata terakhir. 

 

Tonton Pelawanan Men's Doubles Badminton Malaysia vs China di Olympic Games Rio 2016 <KLIK DI SINI>



                                                        
Foto: ASTRO Awani 
 

Menceritakan detik genting memperolehi mata terakhir, pukulan daripada pemain beregu China disambut dengan tenang oleh Tan Wee Kiong. Strategi halus digunakan, membuatkan pemain China melakukan kesilapan dan terus memberi peluang kepada beregu negara memperolehi mata kemenangan!

Malah, kemenangan ini membuat V Shem menangis selepas berjaya menewaskan pasukan lawan, dia amat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan tanpa henti. 

 


Kemenangan separuh akhir ini memberi peluang kepada pasangan beregu ini untuk kecapi pingat emas bagi acara sukan badminton. Tahniah buat Goh V Shem dan Tan Wee! Pasangan V Shem dan Wee Kiong bakal beraksi dalam peringkat akhir pada 19 Ogos (Jumaat), 10.50 malam (waktu Malaysia).



 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.