Dec 11, 2016 - 288

Benarkah, Kafe Ini Boleh Membangkitkan ‘Mood’ Luar Biasa kepada Pelanggannya?

Mencari hidangan yang sedap, lokasi yang nyaman kafe ini pastinya memenuhi cita rasa anda. Apa yang menarik tentang kafe ini?

 

Sumber foto: @quartetcafe

 

SANTAI di Quartet TTDI Pilihan tepat buat kalian yang ingin cuba kelainan dalam menikmati ‘all day brunch menu’ bertemankan suasana nyaman lagi selesa di sini. 

 

Sumber foto: @quartetcafe

 

MENARIK TENTANG KAFE: Konsep moden retro beri ruang selesa untuk menjamu selera. 

Lokasi : No 21, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

 

 

QUARTET, sebuah kafe cool buat sesiapa jua yang ingin mencari kelainan dalam menjamu selera. Menjadikan tagline, Your Neighbourhood Supply, variasi sajian yang ditawarkan di sini pasti memenuhi selera anda. Hidangan salad, sandwich, pastri dan aneka pencuci mulut disajikan pada harga yang berpatutan.  

 

 

Wait the traffic out or just come buy for cakes! 50% off all of our cakes for today only! Only available at Quartet Cafe TTDI

A photo posted by Your Neighborhood Supply (@quartetcafe) on

 

Lebih menekankan konsep santai dan keselesaan, persekitarannya mesra pelanggan. Sedikit rumusan mengenai rekaan dan hiasan dalaman restoran, semuanya serba ringkas. Terdapat beberapa ciri dan elemen retro dengan sentuhan moden membangkitkan mood lebih santai lagi selesa kala menjamu selera di sini. 

 

 

Kreatif dalam susun atur perabot juga perhiasan yang digunakan, pengunjung yang datang ke sini pasti tertarik dengan kombinasi dan pemilihan warna pada setiap ruang. Sekali gus membangkitkan mood lebih relaks dan santai. 

 

 

Hi folks! We open till late today, 8am to 10pm, see you guys tonight! #quartetnusentral #quartetcafe #quartetttdi

A photo posted by Your Neighborhood Supply (@quartetcafe) on

 

Quartet TTDI adalah aspirasi generasi muda yang meminati makanan. Apresiasi mereka ketika meluangkan waktu menjamu selera mampu mengeratkan hubungan dan mencetuskan kegembiraan.  

 

 

 

 

 

Sumber foto: @quartetcafe

 

 

Sumber foto: @quartetcafe

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.