Oct 23, 2017 - 2067
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Anda suka ber‘selfie’?
Ya, tetapi saya lebih suka ambil gambar selfie in a group. Kerana selfie dengan kawan-kawan lebih menyeronokkan. Lebih fun!
Lima perkataan yang menggambarkan ‘mood selfie’ anda?
Positif. Energy. Sharing. Duck face. Biru (warna aura untuk diri saya).
Antara gambar ‘selfie’ yang anda suka? Kenapa?
Saya cukup suka dengan gambar selfie kala kembara ke Santa Monica. Gambar tu cantik kerana faktor pencahayaan semula jadi yang menyerlahkan efek nan menarik.
Kongsikan 5 tips ‘selfie’ terbaik daripada anda?
Pencahayaan yang bagus, lebih baik kalau natural lighting. Mata harus berkomunikasi dengan kamera. Kena pandai pegang kamera, nanti senang nak tekan button. Selfie juga harus beri inspirasi. Dan akhir sekali, have fun with it!
‘Selfie idol’ pilihan anda?
Dato' Siti Nurhaliza, Miranda Ker dan Kim Kardashian.
Ada masa untuk edit foto ‘selfie’?
Bergantung kepada keadaan. Sejujurnya saya suka foto yang asli. Kalau muka ada jerawat biarkan, usah diedit supaya peminat kenal diri kita yang sebenar. Tak adalah nanti yang terkejut dan kata, "Dalam gambar nampak cantik, kat luar rupa-rupanya muka dia berlubang-lubang, haha..."
Komen anda tentang ‘selfie’ yang boleh timbulkan kontroversi?
Bukan selfie sahaja, sebaliknya apa-apa gambar pun boleh timbulkan kontroversi. Justeru, kena lebih berhati-hati untuk kongsi gambar di laman sosial. Ingat, sebelum tekan button 'post' tu, fikir dulu semasak-masaknya.
Motif anda untuk ber‘selfie’?
Saya suka selfie terutamanya ketika melancong ke negara orang kerana susah nak minta orang tolong ambilkan gambar. Jadi, selalunya saya ambil gambar sendiri.
Kredit foto: Instagram