Jan 25, 2017 - 1669

Ini Tips Mudah Sediakan ‘Quesadillas’, Resepi Senang Untuk Wanita Sibuk Seperti Anda

Senang, sedap, berkhasiat dan yang paling penting, ia tidak menggemukkan! Kami sarankan kalian mencubanya, jom!

 

Oleh: Nurul Huda Hussain

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

TAHUKAH anda, statistik yang pernah dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan Malaysia adalah negara penyumbang terbesar dalam peratus OBESITI dalam kalangan negara Asia Tenggara iaitu 44.2 peratus! Ayuh, kami kongsikan menu sihat yang mudah disediakan. Ia menggunakan bahan-bahan segar seperti sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai vitamin dan serat selain roti tortilla sebagai sumber karbohidrat.. Bukan sahaja menyihatkan, malah ia amat mudah untuk wanita yang sibuk dan mahu serba pantas di dapur. Selamat mencuba!

 

 

QUESADILLAS

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Beberapa keping roti tortilla

Keju (diparut)

1/2 camca teh minyak zaitun 

Cendawan (dihiris)

Bawang besar (dihiris) 

Buah zaitun (dihiris)

Tomato ceri (dipotong dadu)

Dada ayam (dipotong dadu)

Buah avokado

Salad

Sedikit cuka epal

Sedikit garam

 

 

Sumber foto: www.taste.com.au

 

 

 

Cara-cara membuatnya adalah seperti berikut:

LANGKAH 1

Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak zaitun. Kemudian, masukkan beberapa keping roti tortilla dan goreng sehingga sedikit menggelembung. Seterusnya goreng dada ayam sehingga berwarna keemasan.

 

LANGKAH 2

Langkah berikutnya, taburkan sedikit keju yang diparut tadi di atas roti tortilla. Masukkan bawang besar, cendawan, buah zaitun, tomato ceri, dada ayam dan buah avokado.

 

LANGKAH 3

Perlahankan api dan tutup kuali untuk memastikan bahan-bahan tadi dimasak sempurna. Selepas seminit, anda boleh lihat sama ada bahan-bahan tadi sudah cair (terutamanya keju) dan mulai masak.

 

LANGKAH 4

Apabila keju mulai cair, alihkan roti tortilla. Pastikan kedua-dua bahagian roti tortilla dimasak sempurna. 

 

LANGKAH 5

Akhir sekali, angkat roti tortilla dan hiaskan dengan salad. Taburkan sedikit cuka epal dan garam secukup rasa. 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.