Sep 03, 2018 - 121

Mengapa Anda Perlu Menginap di Rosa Malacca? – Memang Insta Worthy! Untunglah...

Bukan sahaja cantik dan selesa, ia menawarkan pengalaman percutian dan penginapan yang sempurna buat kalian yang inginkan kelainan.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

PADA firasat saya, selepas Pulau Pinang dan Langkawi, Melaka adalah sebuah lagi destinasi yang tidak pernah bosan dikunjungi. Masakan tidak, untuk rekod; seramai 16.79 juta pelancong dilaporkan melawat Melaka sepanjang 2017.

 

Walaupun Melaka hanya berkeluasan kira-kira 1,644 kilometer persegi, ia terus menjadi destinasi tarikan utama dalam kalangan pelancong dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.

 

Memahami permintaan dan sambutan yang terus menggalakkan, maka tidak hairanlah banyak hotel-hotel baru dibina sekitar Melaka bagi  menawarkan pelbagai pilihan kepada pelancong domestik juga pelancong luar negara.

 

Dan kala menerima undangan daripada Rosa Malacca, hati saya melonjak gembira. Bagai menjejakkan kaki ke sebuah hotel di Eropah, itulah yang saya rasakan kala memasuki ruang lobi hotel ini.

 

Seperti saya, anda juga pasti jatuh cinta dengan keindahan hotel butik Rosa Malacca yang cukup sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dalam pemilihan hotel yang berbeza daripada kebiasaannya.

 

Hiasan minimalis dengan padanan sofa santai bisa melenyapkan seketika keletihan anda sebelum menuju ke ruang menyambut tetamu.

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

Mula beroperasi sepenuhnya pada April 2017, Rosa Malacca berkonsepkan industrial European yang bukan sekadar menawarkan tempat penginapan tetapi juga suasana dalam gaya hidup mewah dan santai.

 

Menerapkan unsur aesthetic design to engage the senses beyond the visual; gabungan elemen kayu, konkrit dan European industrial diadun sempurna mencipta suasana bagaikan berada di kota Eropah.

 

 

Bica & Co

Bica & Co Café mula dibuka jam 7.30 pagi hingga 11 malam. Ruang yang cukup cosy, selesa dan mementingkan elemen santai buat sesiapa yang ingin menikmati secangkir kopi bagaikan berada di sebuah kafe di Eropah.

 

Lebih istimewa, jika anda menjamu selera di Bica & Co Courtyard. Bukan sahaja dapat menikmati seleksi menu yang pasti menepati cita rasa, penuhi juga waktu makan anda dengan suasana yang cukup istimewa.

 

Malah lebih indah kala duduk santai di sini pada waktu malam. Mampu memuatkan 40 orang pada satu-satu masa, suasana di sini menggambarkan elemen European grandeur alfresco garden yang pasti bikin anda tidak mahu berganjak.

 

Mula dibuka jam 3 petang hingga 5.30 petang untuk minum petang, ia kembali beroperasi menerima kunjungan tetamu bermula 6.00 petang hingga 10.00 malam untuk makan malam.

 

Hiasan mentol dan percikan cahaya cukup mempesonakan. Ruangan yang sajak untuk insta-worthy buat kalian yang sememangnya gemar muat naik foto di media sosial.

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

RS General Store

Jangan ketinggalan singgah ke Rs General Store untuk mendapatkan koleksi item seperti t-shirt, leather keychain, jam tangan buatan Swiss dan Itali, traveller caps dan banyak lagi.

 

Juga jika anda jatuh cinta dengan bantal empuk lagi gebu yang diletakkan di setiap bilik, anda boleh membelinya disini sebagai cendera mata.

 

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

Bilik Penginapan

Menawarkan 60 bilik penginapan, ia terdiri daripada Premiere King, Deluxe King, Deluxe Twin dan Family Suite, Rosa Malacca turut dilengkapi gimnasium, coffee house, butik dan juga pelbagai pakej aktiviti menjelajah bandar Melaka.

 

Ia adalah butik hotel yang strategik memandangkan kedudukan lokasi hotel hanya 10 minit dari pusat bandar.

 

Meninggalkan Rosa Malacca umpama memahatkan kenangan dan momen indah sepanjang percutian. Ia adalah pilihan paling tepat selain lokasi sesuai khususnya bagi anda yang inginkan kelainan dan merasai pengalaman percutian di Eropah dalam gaya dan cita rasa tempatan.

 

Apa yang pasti, kunjungan anda ke sini berbaloi dan tidak menghampakan. Layari www.rosa.com.my juga kunjungi @rosamalacca. Hubungi 06-2819 888 untuk keterangan lanjut. Selamat Bercuti!

 

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

 

Kredit foto: Rosa Malacca 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.