Jan 12, 2017 - 1191

Bagaimana ‘Boxing’ Bantu Juliana Evans Dapatkan Tubuh Cantik dan Mantap, Ini Rahsianya

Sukan 'boxing' semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia. Apa yang mampu 'boxing' berikan pada tubuh kita?

 

Oleh: Marini Mat Zain

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

USAH terkejut andai selebriti seperti Juliana Evans dan Diana Daniella yang dahulunya rancak berlakon kisah cinta tetapi akan datang tampil dalam filem atau drama aksi. Tahukah anda, siapakah lelaki di sebalik ketangkasan mereka bermain boxing?

 

Murad Zaidi, merupakan jurulatih Strength and Conditioning buat ramai kerabat diraja, para menteri, VIP, VVIP juga selebriti Malaysia. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam High Performance, Strength & Conditioning Specialist dari Catolica de Murcia Universiti di Sepanyol malah merupakan IFA Certified Personal Trainer. 

 

Berpengalaman luas dalam dunia boxing, berikut adalah tips berguna daripada Murad Zaidi buat pembaca InTrend.

 

>>>[KLIK DI SINI] 12 Tips Jimatkan Petrol Kereta Semua Wanita Perlu Tahu Supaya Anda Tak digelar ‘BIMBO’<<<

 

 

 

 

[VIDEO] Juliana Evans Gigih Berlatih 'Boxing' Dengan Coach Murad Zaidi 

 

 

 

5 Manfaat Hebat ‘Boxing’ yang Anda Perlu Tahu

MANFAAT 1

Tahukah anda, bagi wanita yang mengalami masalah perut, sukan boxing mampu menguatkan ‘core’ sekaligus  memberikan ‘tone’ yang lebih cantik pada badan. Selain itu, tumbukan padu pada punching bag juga menguatkan lagi tangan.

 

MANFAAT 2

Selain membakar kalori, sukan boxing juga mampu membakar lemak lebih tinggi berbanding senaman biasa. Untuk kefahaman anda, aktiviti boxing adalah gandingan 70-80% anaerobik dan 20-30% aerobik.

 

MANFAAT 3

Tubuh boleh menjadi lebih sihat kerana hadirnya pernafasan lebih laju. Apabila anda melakukan boxing, jantung akan mengepam darah dengan lebih lancar maka dengan itu, ia mampu menghindari masalah jantung. 

 

MANFAAT 4

Sukan boxing boleh mengurangkan tekanan kerana anda mampu melepaskan geram melalui setiap pergerakannya. Ya, tumbuk dan lepaskan! 

 

MANFAAT 5

Akhir sekali, boxing mampu meningkatkan keyakinan diri selain memberi satu lagi kepakaran baru kepada wanita dalam aspek mempertahankan diri. Selamat ber‘boxing’ InTrenders!

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.