Jan 22, 2017 - 16506

“Jangan Tinggalkan Anak Sendirian di Kolam Renang Walau Mereka Pandai Berenang” — Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Menarik sekali pendekatan mendidik anak yang dipraktikkan ikon angkasawan negara kita, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan isterinya Dr. Halina.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

 

Thats T again.. "This is fast!" 😅

A video posted by drhalina (@drhalina) on

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

Thats T with her one-of-a-kind stroke... 😅

A video posted by drhalina (@drhalina) on

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

DAN tarikh 10 Oktober 2010 telah menjadi tarikh bersejarah buat pasangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dan Datin Dr. Halina Mohd. Yunos apabila mereka selamat diijabkabulkan dalam majlis bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, yang turut dihadiri sanak-saudara, teman-teman dan 80 angkasawan luar negara yang secara kebetulan menghadiri Kongres Planet Ke-23 anjuran Persatuan Penerokaan Angkasa (AES). 

 

 

Kini rumahtangga pasangan sama cantik sama padan ini semakin ceria dengan kehadiran puteri sulung nan comel yang diberi nama Sophea Isabella dan puteri kedua yang diberi nama Sophea Natasha.  

 

 

Dan seperti ibu bapa yang lain, kecintaan pasangan ini berubah 360 darjah daripada bercerita mengenai diri pasangan masing-masing kepada cerita bahagia, duka, teruja; dan semuanya berkisar tentang buah hati yang satu itu. 

 

Inilah yang dikatakan sebagai cabaran buat pasangan suami isteri sebaik mereka bergelar sebagai ibu dan bapa. Susah payah, pahit manis, dalam membesarkan anak-anak. Walau sarat dengan suka duka, namun kenangan ini pasti membawa 1001 makna paling berharga dalam hidup. Dan setiap ibu bapa pasti ada pendekatan tersendiri dalam mendidik anak-anak. 

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

 

Little scientist 👩🏻‍🔬

A video posted by drhalina (@drhalina) on

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

Finally.. She has her own fish pet 🐠 That is her birthday wish..

A video posted by drhalina (@drhalina) on

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

Pentingkan Disiplin Anak-anak 

Mementingkan disiplin dalam mendidik anak-anak menjadi keutamaan kepada pasangan ini. Dr. Sheikh Muszaphar pernah menjelaskan bahawa dia mungkin terikut-ikut cara bapanya dalam soal mendidik anak-anak. 

 

“Ayah saya seorang yang serius dalam membimbing dan mendidik kami kerana di mahu kami adik-beradik berjaya. Ayah juga sering menekankan soal kekuatan mental supaya kami tidak mudah tewas separuh jalan dan lebih kuat untuk mencipta kejayaan pada masa depan.”

 

Justeru, dia kurang gemar apabila melihat anak-anak terlalu manja dan bergantung kepada ibu bapa. Menjadi seorang ayah, Dr. Sheikh Muszaphar mahu anaknya belajar berdikari dan berdisiplin. Dalam masa sama, tiada kongkongan sebaliknya anaknya itu akan dididik sesempurna mungkin dan diberi panduan agar menjadi insan berguna kelak. Selain ilmu dunia, Sophea Isabella juga dibimbing dengan ilmu agama secukupnya. 

 

>>>[KLIK DI SINI] “Solat Jangan Tinggal, Hormat Orang Tua” — Prinsip Ajai Didik 2 Anak Dara Sampai Ayu Raih 9A SPM<<<

 

 

 

T will give 100 marks to every pages in her worksheet 😅

A video posted by drhalina (@drhalina) on

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

Dengar ye nasihat Bella 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

A video posted by drhalina (@drhalina) on

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

Kebolehan Anak Kecil Menyelam Jadi Tarikan Rakyat Malaysia 

Khalayak juga sudah tahu bahawa pasangan ini mula mengajar anak mereka mengenai teknik menahan nafas ketika berada dalam air sejak si kecil berusia sebulan. “Dengan teknik yang betul, tidak bahaya jikalau kita mengajar anak berenang pada usia muda. Kerana berenang banyak manfaatnya untuk kesihatan. Selain meningkatkan kecergasan diri, ia meningkatkan daya fikir, menguatkan otot dan menyelamatkan diri apabila berada dalam situasi kecemasan.”

 

Demi anak, Dr Sheikh Muszaphar sanggup memperuntukkan masa tiga atau empat kali dalam seminggu bersama anaknya di kolam renang. “Pada peringkat permulaan, reaksi Bella agak terkejut dan tidak dapat mengawal dirinya kerana belum biasa dengan situasi itu. Namun lama-kelamaan, dia semakin serasi dan selesa.”

 

>>>[KLIK DI SINI] Dato’ Nurulhidayah Kembali Bangkit Selepas Suaminya Kembali ke Rahmatullah<<<

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

 

Chillin' be like....

A video posted by drhalina (@drhalina) on

 

Sumber: Instagram @drhalina

 

 

“Jangan sekali-kali Tinggalkan Anak Kita Sendirian di Kolam Renang…”

Mereka berdua saling bekerjasama dalam melaksanakan tanggunjawab dalam mendidik Sophea Isabella. Ini diyakinkan lagi dengan kenyataan Dr Sheikh Muszaphar yang berbunyi, “Untuk menjamin keselamatan Bella, saya dan isteri akan sentiasa bersama dan memerhatikannya ketika berada di kolam renang. Ketika anak berenang, jangan sesekali meninggalkan mereka, awasi setiap gerak geri mereka.”

 

Itulah antara luahan hati Dr. Sheikh Muszaphar mengenai ‘cinta barunya’ terhadap Sophea Isabella. Pun begitu, cintanya terhadap isteri tersayang tidak pernah pudar malah semakin menebal. Andai bisa menempuh ranjau duri selama lapan tahun tatkala bercinta, apalah sangat dugaan ribut taufan yang melanda rumahtangga sebaik mendirikan ‘masjid’ bersama. 

 

Semoga bicara Dr. Halina sebaik usai majlis perkahwinannya dulu yang berbunyi: “Ibu meninggalkan pesan supaya menjadi seorang isteri yang baik dan taat kepada suami,” menjadi azimat dalam mengekalkan kerukunan rumahtangga mereka berdua sehinggalah ke akhir hayat.

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.