Sep 07, 2018 - 649

Suami, Tak Payah Sibuk Puji CHE TA Je Cantik! Awak Sendiri Jangan Kedekut Kalau Isteri Nak Melawa

Orang perempuan sekarang, rata-rata sudah bijak mencari wang sendiri untuik memenuhi keperluan mereka. Namun, suami jangan lepas tangan apabila tiba bab ini!

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

Kebanyakan kefahaman tipikal sang suami, nafkah untuk isteri cukuplah diberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Yang lain itu katanya nafsu semata!

 

Tidakkah menggembirakan hati isteri itu juga dikira sebagai tuntutan nafkah batin yang perlu dilunaskan oleh seorang suami? Ramai lelaki, merungut macam-macam kalau isteri kelihatan sungul, malas, busuk, kepam dan tidak ‘menyelerakan’.

 

Adakah para suami ingat, semua itu datangnya sendiri tanpa perlu usaha dan pelaburan? Secantik mana seorang perempuan itu dilahirkan tetap perlu dibajai dan disuburkan terus-menerus agar kecantikan dan kesihatan diri terpelihara daripada dimamah usia dan ‘rosak’ dek faktor persekitaran seperti stres, tekanan kerja, anak-anak, pemakanan yang tidak seimbang dan perangai busuk ‘laki’ sendiri yang ada kala menyumbang kepada ‘kerosakan’ pada kecantikan dan kesihatan seorang isteri itu.

 

Justeru, suami mengapa dengan isteri sendiri pun mahu berkira-kira? Seorang kawan penulis mengadu. Setiap kali mahu membeli sebatang gincu atau pergi berurut, pasti boleh menimbulkan perselisihan faham dengan suaminya.

 

Sebatang gincu yang harganya RM63 menjadi bahan ungkitan si suami berbulan-bulan. Katanya, dia itu gediklah, nak menggatallah, gila nak tayang muka kat oranglah. Sedangkan katanya dia juga bekerja (walaupun kerjanya tidaklah glamor), kadang-kadang perlu juga menemani suami ke kenduri kahwin.

 

Mahu juga sesekali mengambil gambar bersama anak-anak untuk dikongsi di media sosial. Kalau muka isteri tu pucat, dia complaint kata, muka macam mayat! Pemalas nak bersiap. Ingat nak cantik boleh dengan air liur sahaja ke?

 

Dengus kawan penulis itu. Kasihan. Suaminya bukan main melaram. Baju, kasut, jam tangan bukan main berjenama. Rambut sentiasa bergel pomade yang harganya lebih kurang sama dengan gincu si isteri tadi.

 

Jadi, mengapa bersikap tidak adil kepada pasangan tidurmu sendiri?

 

 

 

 

 

 

5 Belanja Cantik Isteri Yang Suami Perlu Pertimbangkan:

 

1. Supplement atau jamu 

Makanan tambahan ini penting seperti kalsium, zinc, vitamin atau pun jamu-jamu pemberi tenaga. Wanita menggunakan tenaga dan otaknya dua kali ganda lebih berat berbanding lelaki untuk tugasan di pejabat dan rumah.

 

 

 

 

2. Alat Pemanis Diri 

Termasuklah produk penjagaan kulit, paling tidak pun seperti pencuci muka dan sun block. Juga alat solek. Tidak perlu, set lengkap yang mengalahkan juru solek profesional, cukup yang asas seperti bedak dan gincu untuk menemani wajah isteri yang pucat dan kelihatan kusam itu.

 

 


3. Pembersih dan Penjagaan Diri 

Rasanya ini paling asas, kalau suami nak marah juga tak tahulah nak cakap apa? Mestilah ada produk pembersihan dan penjagaan diri seperti gel mandian, skrub badan, syampu, perapi rambut, pembersih vagina, losen, deodoran dan bonus: minyak wangi!

 

 


4. Penjagaan waktu berpantang 

Untuk isteri yang baru melahirkan anak, penjagaan ekstra perlu diberikan waktu ini. Walaupun kadang-kadang saya tidak faham, kenapa isteri perlu dihantar ke kampung untuk dijaga oleh Mak, sedangkan suami sihat dan mampu untuk menjaga, tetapi tidak mengapalah saya andaikan ini sebagai budaya orang kita yang masih belum boleh diubah atas dasar suami tidak pandai menjaga isteri berpantang atau Mak-Mak di kampung memang suka menjaga anaknya sendiri dalam pantang.

 

Apa pun, suami jangan lepas tangan. Bekalkan isteri dengan pembantu/bidan khusus. Meang agak mahal kosnya tetapi bukan kerap, kan? Paling selalu pun setahun sekali. Korbankanlah duit nak tukar kereta baru tu untuk beri penjagaan terbaik buat isteri yang sudah melahirkan anak benihmu sendiri!

 

 


5. Rawatan ekstra 

Memang untung badanlah kalau dapat suami yang sanggup menaja isterinya melakukan rawatan kecantikan esktra seperti spa dan facial! Fuh, sayang ketat-ketatlah kalau macam tu! Hey, isteri mana yang akan tolak kalau suami kata, “sayang, pergilah berurut, mandi luluh di spa itu...”

 

Dua ke tiga bulan sekali, apa salahnya. Okeylah, kalau membebankan juga, cukuplah dihadiahkan setahun sekali sempena hari jadinya ke? Cubalah sekali, tengok bagaimana reaksinya?

 

 

 

 

 

 

Itu antara belanja cantik asas yang saya cadangkan. Kalau ada lagi yang ekstra, tambah-tambahkanlah. Untuk para isteri, kalau punya pendapatan sendiri, mengapa tidak dilaburkan sedikit untuk ‘reward’ diri sendiri.

 

Semua itu kita buat pun untuk suami juga, membantu kita menjadi lebih cergas dan berwibawa menjalankan tugasan sebagai isteri dan ibu. Kalau diri lesu dan lemah, bagaimana untuk kita membawa ceria kepada mereka?

 

Dan, isteri yang bijak pula, janganlah jika sudah diberi lampu hijau oleh suami untuk berbelanja, jadi berlebih-lebihan pula. Berpada-padalah. Ukur pada kemampuan ekonomi keluarga. Jika ada gincu yang harganya RM15, dan hanya itu yang suami mampu belikan, janganlah diidamkan yang labelnya Estee Lauder.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Estée Lauder (@esteelauder) on

 

 

Kalau suami hanya mampu belanja cucian rambut di Pusat Kerinting Rambut Siew Ling, janganlah berdegil mahu ke A Cut Above juga. Asalkan, suami mahu bertolak-ansur dan beri ikut kemampuannya, turutkanlah, jangan dibebankan sehingga suami botak kepala dan berhutang keliling pinggang.

 

Ingat, kita bercantik-cantik untuk tontonan suami dan memberikan sedikit ‘seri diri’ agar kelihatan lebih yakin apabila berada di khalayak umum. Bukan mahu berhias berlebih-lebihan. Cukuplah ada manisnya diri ini agar mata suami tidak menoleh kepada perempuan di sebelah sana atau sibuk like Instagram Rozita Che Wan atau Neelofa sahaja.   

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.