May 09, 2017 - 3055

Mimpi Makan Bawang Maknanya Kekasih Curang, Mimpi Anak Gaduh Tanda Suami Isteri Akan Kelahi?

Percaya atau tidak, mungkin anda sekadar menaruh harapan agar panahan cinta datang kepada anda menerusi mimpi. Mungkinkah ia boleh terjadi?

 

 

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

 

ASAS mimpi diterjemahkan sebagai hiburan anda. Jangan pula terlalu percaya kepada analisis mimpi ini. Sukar ditelah kebenarannya. Bagi insan beriman, mimpi mungkin benar jadi panduan. Misalnya, mimpi yang baik diterima nabi sebagai wahyu. Tepuk dada, tanya hati. Berikut adalah mimpi tentang cinta, manalah tahu benar menjadi azimat. 

 

 

1. Bahagia

Mimpi melihat orang bahagia itu tandanya anda disayangi orang dan diberi kesempatan lumayan tidak lama lagi. Tunggu sajalah! 

 

 

2. Badak

Anda bermimpi dikejar dan ditangkap badak. Mimpi itu juga alamat anda akan segera berkahwin dan menemui jodoh tidak lama lagi. Tempoh tidak pula dinyatakan. 

 

 

3. Ayu

Mimpi anda melihat seorang perempuan ayu dan cantik rupa parasnya. Itulah alamatnya anda bersedia dalam melamar atau dilamar orang. Penantian anda selama ini bakal dipenuhi. 

 

 

4. Awan 

Kiranya awan itu mendamaikan. Kiranya di dalam mimpi anda terlihat awan memutih, maka bahagia sedang menunggu dalam perkahwinan perniagaan dan juga kesihatan. 

 

 

5. Anak

Dalam mimpi kali ini, anda melihat atau memelihara anak. Kadang-kadang entah dari mana datangnya anak tetapi itulah yang dilihat, dibuat dan didengar anda daripada mimpi. Itu tandanya ada keuntungan bakal mendatang. Apa lagi jika anak itu adalah lelaki. Jika anda mimpi melihat anak-anak bermain, itu tandanya anda akan mendapat jodoh tidak lama lagi. 

 

 

6. Asap

Andainya melihat asap, maknanya anda akan disakiti. Jika melihat asap tidak berapi, itu alamatnya anda menerima khabar bohong. Mungkin pembohongan dalam cinta.

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

7. Apung

Anda mimpikan seekor ikan atau duyung terapung-apung di lautan, alamatnya anda bakal berjaya dalam perkahwinan atau perihal cinta dan lain-lain. 

 

 

8. Anggur 

Jika perempuan yang bermimpi meminum anggur, alamat akan berkahwin dalam tempoh setahun lagi. Jadi tunggu setahun dan lihat kesahihannya. 

 

 

9. Baju

Terkejut juga. Anda bermimpi orang suka buka pakaian. Itu alamat sangat tidak menyenangkan. Anda sia-sia sahaja mencuri perhatiannya sepanjang tahun ini kerana ternyata dia ingin menjauhimu. Jadi usahlah buang masa lagi. 

 

 

10. Bakar

Mimpi membakar hutan alamatnya daya usaha anda selama ini berhasil terutama dalam soal perkahwinan dan percintaan. Anda sedaya upaya menyelamatkan hubungan dan nyatanya nasib menyebelahi. 

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

 

11. Bawang

Anda melihat diri sendiri memakan bawang. Justeru berhati-hatilah kerana itu petanda anda bakal dicurangi kekasih. Mungkin juga si dia itu bermata keranjang. 

 

 

12. Bedak

Jika anda mimpi sedang berbedak, tanda asmara dan cinta akan bahagia. Sudah sedia maklum anda sedang dilamun cinta jadi nikmatilah seadanya. 

 

 

13. Belanja

Kiranya dalam mimpi anda sangat bermurah hati dengan berbelanja semua orang. Itu tandanya anda bahagia dalam rumahtangga. Jadi realiti pun rajin-rajinlah bersedekah dan belanja orang agar benar-benar rumah tangga dibina berkekalan. 

 

 

14. Beranda

Anda melihat anda duduk di beranda rumah dengan anak-anak kecil perempuan. Itu tandanya anda lekas bernikah. Jangan pula mimpi tertidur di beranda kerana itu pula tandanya ada kesukaran lebih serius. 

 

 

15. Berkelahi

Melihat anak-anak berkelahi dalam mimpi itu tandanya, ada pertikaian dalam rumahtangga. Jika melihat binatang pula berkelahi, tandanya pihak keluarga pasangan anda kurang senang dengan anda. 

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

 

16. Beras

Anda bermimpi memberi beras atau membuang beras kepada pasangan pengantin. Alah, ala perkahwinan mat salih. Itu tandanya anda akan segera kahwin. Jodoh cepat! 

 

 

17. Biru

Mimpi anda melihat warna biru di sekeliling. Itu tandanya kebaikan dalam kalangan keluarga dan dalam percintaan ada tumbuh kesetiaan. Kiranya pasangan anda sangat setia. 

 

 

18. Kekasih 

Anda mimpikan kekasih. Tidak kisahlah mimpi ditemui atau menemui kekasih. Itu tandanya anda akan dikurniakan pekerjaan mulia dan tertinggi dalam kehidupan. Tunggu sahaja berita gembira kenaikan pangkat atau gaji. Tidak pun ada tawaran lain lebih lumanyan yang tidak mungkin anda mampu menolaknya. 

 

 

19. Boneka

Mimpi bermain boneka tandanya rumah tangga dibina sangat harmonis dengan kehadiran anak-anak yang sihat. Ini hanya sebahagian daripada ramalan mimpi yang kebetulan kamu alami. Selamat berbahagia!  

 

 

 

 

 

Adakah Mimpi dipatuk Ular Termasuk Dalam Kategori Mimpi Indah? 

JAWAPANNYA mungkin ya, sekiranya anda mengakhiri zaman bujang. Kajian telah menunjukkan terdapat sekumpulan tema yang kerap berlegar dalam mimpi. Ada orang berpendapat mimpi itu hanyalah mainan tidur semata-mata, namun ada juga yang mengambil serius tentang mereka.

 

Katanya, mimpi memberikan semacam satu petunjuk dalam meneruskan kehidupan. Berikut, serba sedikit mengenai makna-makna mimpi. Perlu diingat bahawa ini hanya merupakan tafsiran sahaja dan ketepatannya tidaklah diyakini 100 peratus. 

 

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

 

Labah-labah 

Melihat labah-labah bermakna anda akan menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan. Labah-labah yang besar bermakna kejayaan akan cepat tiba. 

 

 

Topi

Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda. 

 

 

Tingkap

Jika anda bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta. 

 

 

Air

Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.  

 

 

Ular 

Jika seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang. Dan sekiranya anda telah pun berkahwin ia bermakna anda akan memperolehi kemakmuran hidup. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    DIARI CIK CANTIK: Kita Protes Barang Mahal, TAPI Usung Anak Makan Tempat Mahal, Geli Tidur Hotel 2 Bintang!

  • Seterus →

    Wanita Ini Kembara 22 Hari Cara 'Backpackers' — Ini TIPS Selamat Kalau 'Travel' Tanpa Orang Lelaki