May 01, 2019 - 37

8 Lokasi Terbaik TAIWAN Mesra Muslim yang Mesti Anda Kunjungi —Rugi, Kalau Tak Pergi!

Kalau tidak banyak, sedikit rasa teruja pasti ada apabila menjejakkan kaki di bumi Taiwan! Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Taiwan memberi pengalaman berbeza, menerbitkan rasa cinta yang tak disangka-sangka.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

intrend taiwan 1

Foto: Taipei 101

 

 

SELAIN tarikan sejarah, budaya, keindahan alam dan aktiviti yang menyeronokkan, fasiliti mesra Muslim turut menjadi pertimbangan utama pelancong. 

Lebih-lebih lagi apabila populasi penganut Islam di negara yang bakal dikunjungi itu adalah rendah seperti Taiwan.

Isu utama yang menjadi rungutan pastinya berkaitan lokasi makanan halal selain kemudahan untuk menunaikan solat. Kempen Salam Taiwan disifatkan berjaya membuka mata mengenai kemudahan mesra Muslim yang selesa tanpa rasa bimbang dan was-was.

 

Jom InTrend bawakan kepada anda lokasi yang menarik dan muslim friendly jika anda berkunjung ke Taiwan.

 

 

1. Night Market

 

intrend taiwan 2

Foto: Shilin Night Market 

 

 

Jika anda seorang yang gemar terokai night market, anda mesti kunjungi empat  night market yang popular di Taiwan. Antaranya Shilin Night Market (Taipei), Raohe Street Night Market, Fengjian Night Market (Taichung) dan YiChung Shopping Street.

 

Diantara keempat-empat night market ini, Shilin Night Market adalah pasar malam terbesar di Taipei. Di sini, anda boleh membeli-belah adan mencuba pelbagai makanan tempatan. Pasar malam ini dibahagikan kepada bangunan Shilin Market lama di mana akan temui pelbagai gerai makanan dan barangan.

 

Waktu operasi Shilin Nigh Market : 5 petang -12 tengah malam

Apa yang boleh dimakan: Ais kepal, Teh Bubble dan Tofu

Hentian terdekat: Stesen MRT Jiantan, laluan keluar nombor 1

 

 

 

intrend taiwan 3

Foto: Shilin Night Market 

 

 

 

intrend taiwan 4

 

 

 

Raohe Street Night Market

Pasar sepanjang 600 meter di Raohe Street ini dipenuhi dengan kedai yang menjual sajian lazat dan pelbagai barangan seperti pakaian, barang kelengkapan rumah dan banyak lagi. Ia merupakan salah satu pasar malam tertua di Taipei dan salah satu tarikannya disajikan dengan pintu gerbang seni bina Cina yang mempesona.

 

Waktu operasi Raohe Street Night Market: 5 petang - 12 tengah hari

Apa yang boleh dimakan: Sotong panggang dan Telur dadar tiram

Hentian terdekat: Stesen MRT Songshan, laluan keluar nombor 1

 

 

Tips melawat Pasar Malam Sekitar Taipei:

  • Elakkan datang terlalu awal, anda mungkin terlepas gerai yang dibuka lewat terutamanya pada waktu malam.
  • Berjalan mengikut aliran. Ia akan melancarkan pergerakan anda di pasar ini kerana anda tidak perlu melawan arus orang ramai dari arah bertentangan.

 

 

 

intrend taiwan 5

Foto: Raohe Street

 

 

 

 

2. Taipie 101

Bangunan ikonik yang menjulang tinggi ini menempatkan pusat beli-belah yang sememangnya menjadi syurga membeli-belah kepada penggemarnya.

Dari bangunan ini anda boleh melihat panorama bandaraya Taipie. Menariknya, Menara Taipie 101 mempunyai lif terpantas di dunia. Ia membawa anda dengan pantas dari tingkat 5 ke tingkat 89 di mana terletaknya balai cerap 39 saat sahaja.

 

Waktu dibuka: Ahad - Khamis (11.30 pagi - 9.30 malam)

                         Jumaat, Ahad dan malam cuti umum (11 pagi - 10 malam)

 

Hentian terdekat: Stesen MRT Taipei 10, laluan keluar nombor 4

                               Stesen MRT Dewan Bandaraya Taipei laluan keluar nombor 2 kemudian berjalan kaki dalam 10 minit.

 

 

 

intrend taiwan 6

Foto: Menara Taipie 101

 

 

 

Foto: Menara Taipie 101

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

3. Ximending

Siapa yang suka membeli-belah? Inilah lokasi yang wajib dikunjungi. Daerah yang penuh warna-warni ini sering dibandingkan dengan Harajuku di Jepun.

Mungkin kerana terdapat pelbagai kedai hip yang menawarkan pelbagai pilihan fesyen, hiburan, makanan menjadi daya tarikan utama golongan remaja.

 

Waktu dibuka: 9 pagi - 12 tengah malam

Hentian terdekat: Stesen MRT Ximen

 

 

Trivia tentang Ximending:

  • Perkataan ‘ding’ di Ximending adalah huruf Jepun yang bermaksud ‘daerah’, manakala Ximen bermaksud ‘pintu barat’. Kedua-dua Ximen dan Ximending merujuk kepada lokasi yang sama.

 

 

 

intrend taiwan 7

Foto: Ximending

 

 

 

intrend taiwan 9

Foto: Ximending

 

 

 

4.  Sun Moon Lake

Buat anda yang sukakan keindahan alam semula jadi, Sun Moon Lake adalah pilihan lokasi terbaik. Menariknya di Sun Moon Lake anda boleh beriadah sambil menyaksikan pemandangan indah dan mendamaikan.

Jika tidak mahu berbasikan, anda boleh menaiki bas untuk mengelilingi tasik atau kereta kabel di Sun Moon Lake Ropeway.

 

Waktu dibuka: 8 pagi - 6 petang

Hentian terdekat: Stesen HSR Taichung kemudian naiki bas Taiwan Tourist Shuttle Sun Moon Lake Route untuk ke Sun Moon Lake.

 

 

intrend taiwan 9

Foto: Sun Moon Lake

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

5. Qingjing Farm

Setelah penat membeli-belah di bandaraya Taipei, apa kata anda singgah ke Qingjing Farm. Menariknya tempat ini, pada rumput nan hijau tersembunyi di sebalik kabus pagi QingJing Farm atau nama samaran ‘syurga dalam kabus’.

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Selain itu, ladang ini mempunyai lapan laluan yang masing-masing mempunyai ciri istimewa sesuai dengan minat anda. Ia menawarkan pengalaman tersendiri.

 

Misalnya anda boleh bermain dengan anak lembu, berjalan melalui hutan dan menikmati pemandangan indah.

 

Waktu dibuka: 8 pagi - 5 Petang

Hentian terdekat: Stesen kereta api Taichung atau Stesen HSR Taichung kemudian naiki bus Nantou untuk ke stesen Puli dan tukar ke Qingjing.

 

 

 

 

intrend taiwan 10

 

 

 

 

6. Taichung Rainbow Village

Inilah lokasi OOTD paling ‘ons’. Menariknya lokasi ini, ia adalah komuniti perumahan biasa untuk tentera Kuomintang yang kini telah menjadi tarikan pelancong serikan dengan mural haiwan, anak patung, kapal terbang dan watak-watak lain sebagai tarikan pengunjung.

 

Untuk pengetahu anda, salah seorang penduduk terakhir, Huang Yung-Fu mengambil insiatif sendiri untuk membawa kehidupan baru ke ‘kampung veteran’ ini dengan lukisan berwarna-warni.

 

Waktu dibuka: 9 pagi - 6 petang

Hentian terdekat: Stesen HSR Taichung kemudian naiki bas nombor 26 atau 99 untuk ke Perkampungan Rainbow Taichung.

                              Stesen kereta api Xinwuri kemudian naiki Railway bas nombor 56 untuk ke Taichung Rainbow Village.

 

 

Trivia  Taichung Rainbow Village:

  • Encik Huang Yung-Fu masih tinggal di kampung ini. Justeru anda apabila berkunjung ke sini sila moleklah kiranya anda hormati kediaman beliau.

 

 

 

 

intrend taiwan 11 

Foto: Taichung Rainbow Village

 

 

 

intrend taiwan 12

Taichung Rainbow Village

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

 

 

 

 

7. Jiufen

Lokasi ini juga menjadi tarikan pelancong ke Taiwan. Pekan ini pernah menjadi tanah jajahan bagi pelombong emas. Tempat yang mesti dikunjungi ialah Jiufen Old Street, di mana anda akan melalui lorong-lorong kecil. Malah, ia juga terkenal sebagai bandar yang mengilhamkan filem Miyazaki, “Spirited Away”.

 

Waktu dibuka: 24 jam sehari

Hentian terdekat: Stesen kereta api Ruifang kemudian naik bas nombor 788

                               Stesen MRT Zhongxiao Fuxing laluan keluar nombor 2, kemudian naiki bus nombot 1062 untuk ke Jiufen Old Street.

 

 

Trivia Jiufen Old Street:

  • Makanan ringan yang terkenal di Jiufen ialah nasi pulut atau kek tora.

 

 

intrend taiwan 13

Foto: Jiufen Old Street

 

 

 

intrend taiwan 14

Foto: Jiufen Old Street

 

 

 

intrend taiwan 14

Foto: Jiufen Old Street

 

 

 

 

8. Masjid

Buat pelancong beragama Islam, tidak perlu risau untuk menunaikan solat walau ke mana jua anda pergi. Di Taipei banyak kemudahan mesra Muslim telah diperkenalkan untuk menjadikan percutian anda di Taiwan lebih selesa.

 

Di Taiwan terdapat tiga masjid di setiap daerah :

 

Taipei Grand Mosque, Taipei

Waktu dibuka: Isnin- Khamis (9.30 pagi - 4 petang)

Hentian terdekat: Stesen Taipei kemudian naiki bas nombor 18,671 dan 643

 

 

Longgang Mosque, Taoyuan

Waktu dibuka: Isnin- Khamis (9 pagi - 5 petang)

Hentian terdekat: Stesen kereta api Zhongli kemudian naiki bas nombor 112S

 

 

Taichung Mosque, Taichung

Waktu dibuka: Isnin- Khamis (8.30 pagi - 8 malam)

Hentian terdekat: Stesen kereta api Taichung kemudian naiki bas nombor 85, 40 atau 30

 

 

 

intrend taiwan 15

Foto: Taipei Grand Mosque, Taipei

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.