Jul 02, 2018 - 44

Kenapa Orang Zaman Sekarang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon Pintar?

Telefon pintar umpama barang wajib yang mesti dibawa ke mana-mana. Barangkali jika tiada telefon pintar, manusia boleh mati serta-merta kut!

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

 

Telefon pintar itu ada banyak gunanya. Justeru, golongan millennials beranggapan mereka tidak boleh hidup tanpa telefon pintar. Pendapat ini dikukuhkan dengan hasil tinjauan dalam talian yang bertajuk ‘Hooked on Smartphones’, yang mendapati bahawa 60 peratus daripada responden yang terdiri daripada 1,336 rakyat Malaysia, memberitahu bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa telefon pintar.

 

Sebanyak 70 peratus responden adalah lelaki dan 75 peratus adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 40 tahun. Jom, kita lihat hasil tinjauan itu di sini…

 

 

‘BFF’ 1 SEBAB…

Hampir 86 peratus responden menggunakan telefon pintar mereka untuk memeriksa e-mel, Tweets, Instagram ataupun mengemaskini laman sosial Facebook.

 

‘BFF’ 2 SEBAB…

Kira-kira 71 peratus memerlukan telefon pintar untuk mengikuti berita terkini.

 

‘BFF’ 3 SEBAB…

Sejumlah 56 peratus menggunakan telefon pintar untuk ‘games’.

 

‘BFF’ 4 SEBAB…

Hampir 50 peratus daripada responden menggunakan telefon pintar sebanyak enam hingga 20 kali sehari untuk sebab-sebab di atas manakala 24 peratus lagi menggunakannya lebih 20 kali sehari.

 

 

 

Kredit foto: Huawei 

 

 

 

 

‘BFF’ 5 SEBAB…

Sebanyak 55 peratus responden berkata, mereka menggunakan telefon pintar itu kurang daripada 15 minit setiap kali manakala 15 peratus lagi berkata, mereka menghabiskan masa lebih 30 minit.

 

‘BFF’ 6 SEBAB…

Sejumlah 60 peratus responden pula mengakui telefon pintar itu digunakan semasa mesyuarat dan semasa makan bersama orang lain.

 

‘BFF’ 7 SEBAB…

Kira-kira 59 peratus pula mengaku menggunakan telefon sambil memandu.

 

 

 

 

Kredit foto: Huawei 

 

 

 

Selain TUJUH perkara yang disebutkan tadi, ada LIMA faktor lain yang membuatkan telefon pintar terus kekal di tangga teratas sebagai ‘BFF’ anda.

 

FAKTOR 1

Telefon pintar memberi peluang kepada anda untuk mencari hiburan seperti mendengar lagu atau menonton video misalannya.

 

FAKTOR 2

Berguna untuk mencari arah atau destinasi yang mahu dituju misalnya dengan adanya aplikasi Waze yang bakal memudahkan perjalanan anda.

 

FAKTOR 3

Boleh mencari kawan di alam maya.

 

FAKTOR 4

Peneman ketika dilanda kebosanan. Misalnya ketika anda sedang menunggu LRT atau bas, anda boleh melayari internet, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

 

FAKTOR 5

Telefon pintar menjadi pengganti kamera dan video untuk anda merakamkan momen indah setiap hari.

  

 

Ya, tidak dinafikan bahawa telefon pintar itu banyak kegunaannya. Tetapi jika digunakan secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan dan akhirnya merosakkan. Telefon pintar digunakan untuk memudahkan urusan. Dan jangan disebabkan telefon pintar kita terputus hubungan sesama manusia.

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Tengok Mat Saleh Tu, Dah Tua Pun Romantik. Pegang Tangan, Suap-menyuap!” — LELAKI MELAYU Mohon Baca Cerita Ini

  • Seterus →

    Siapa Tak Pernah Masuk BUTIK KOPI Kena Pergi Sekali ke Sini — Confirm Tenganga