Jul 14, 2016 - 55

Hantu-hantu ‘THE GHOSTBUSTERS' Berkeliaran di Scream Park Sunway Lagoon!

'The Ghostbusters' Menjadi Pilihan Sunway Lagoon, Rumah Seramnya Pasti Meremangkan Bulu Roma Anda!


Teks: Athirah Zulkifli 
Instagram: @tyranooy


Bersempena filem The Ghostbusters yang mula ditayangkan pada Khamis, 14 Julai, Taman Tema Air Sunway Lagoon telah membuat pelancaran rasmi The Ghostbusters Adventure Live! di Scream Park. Ini adalah tarikan terbaru Sunway Lagoon untuk menarik perhatian pengunjung merasai sendiri pengalaman menjadi wira pemburu hantu sambil melihat hantu-hantu yang sememangnya terkenal dalam filem The Ghostbusters. 


Suasana di pintu masuk Scream Park, di hadapan ibu pejabat The Ghostbusters. 


Menarik di dalam The Ghostbuster Adventure Live! ini, pengunjung perlu berjalan selama 20 minit untuk merasai sendiri keseraman suasana sambil disergah kelibat-kelibat hantu. Pengunjung dibawa masuk di tempat-tempat seram lagi misteri seperti rumah persendirian tertua di New York iaitu Aldridge Mansion, di mana pemandu pelancong akan menceritakan kisah seram yang tersembunyi di sebalik rumah agam tersebut.

Selain itu, pengunjung merentasi kawasan ke New York Subway’s Seward Street Station dan Old Zhu’s Chinese Restaurant. Bulu roma anda yang tegak meremang tidak terhenti begitu sahaja, kerana di penghujung jalan, para pengunjung akan dibawa pula ke Mercado Hotel yang terletak di zon ikonik Times Square, New York yang penuh misteri. 


Panorama Seward Street Subway Station.


Laluan menuju ke Restoran Zhu's Authentic Hong Kong Food.


Rawan's Hideout yang terletak di basement Mercado Hotel. 

"Sunway Lagoon teruja mempunyai daya tarikan yang diiktiraf antarabangsa seperti The Ghostbusters. Di Sunway Lagoon, kami sentiasa berusaha untuk memberikan para tetamu, kejutan terbaru dan terbaik. Di The Ghostbusters Adventure Live! penonton dan peminat Ghostbusters boleh merasai perjalanan alam roh yang unik lagi interaktif melalui dunia The Ghostbusters," ujar Calvin Ho, Pengurus Besar Kanan, Sunway Theme Parks.

The Ghostbusters Adventure Live! di Lynton V. Harris Scream Park dibuka pada 14 Julai 2016. Waktu bermula dari 11:00-18:00, setiap hari.

Ayuh lawati Sunway Lagoon dan alami sendiri pengembaraan seram namun fun dengan lebih 90 permainan ditawarkan. Harga tiket RM150 bagi pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas manakala RM120 bagi pengunjung yang berumur bawah 12 tahun.

Ahli-ahli The Ghostbusters dan penari ‘No Ghosts’ bergambar selepas pelancaran The Ghostbusters Adventure Live! 

Malap dan misteri di Gertrude’s Library, Aldridge Mansion.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.