Jan 05, 2017 - 700

Petua Mudah Untuk Orang Liat Bangun Pagi, Cubalah

Malas untuk mulakan hari kamu setiap pagi?Kami ada tips mudah untuk kamu serapkan dalam rutin harian. Cubalah.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

Sumber: Getty Images

 

 

Gerakkan Anggota Tubuhmu Lebih kurang 45 Saat Sebelum Bangun Tidur

Mulakan dengan meregang tangan, diikuti badan, pinggang dan kaki. Akhiri dengan gerakan pada leher, kemudian bingkas bangun dari katil. Ia bagus untuk otot dan sendi, juga meningkatkan aliran darah dalam badan dan membekalkan lebih oksigen pada tisu.

 

Berus Lidah Selama Seminit

Tidak ada cara lain yang lebih baik untuk menyingkirkan bau nafas dan memulakan hari dengan nafas segar bak pudina, caranya – berus lidah kamu. Beratus-ratus bakteria berada di dalam mulut kamu sepanjang malam, jadi tidak memadai kalau setakat memberus gigi sahaja. 

 

Minum Segelas Air Masak

Amalkan minum segelas air masak sebaik bangun daripada tidur. Ingat, kamu sudah ‘berpuasa’ sepanjang malam, jadi tubuh kamu akan mengalami penyahhidratan. 

 

Periksa Jadual Pagi Kamu 

Sediakan kalendar yang mudah dilihat pada dapur kamu. Catatkan di atasnya apa yang perlu kamu lakukan pada hari itu. Periksa jadual kamu setiap pagi sambil menghirup secangkir kopi. Ini akan membantu kamu mengelakkan stress apabila terlupa sesuatu yang penting pada hari tersebut. 

 

Beri Kucupan Mesra Kepada Orang Tersayang  Sebelum Meninggalkan Rumah

Hubungan yang mesra membantu mengurangkan tekanan dan menyuntik kesan positif untuk memulakan hari kamu.

 

>>>[KLIK DI SINI] Mujarabnya AIR! Ia Penawar Obesiti, Darah Tinggi, Asma, Haid Tak Teratur dan Banyak Lagi<<<

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.