Oct 25, 2016 - 458

12 Tips Jimatkan Petrol Kereta Semua Wanita Perlu Tahu Supaya Anda Tak digelar ‘BIMBO’

Sudah masanya wanita tamatkan persepsi ini dan buktikan, wanita juga cerdik dan 'terang hati' bab-bab kereta.





JIKA anda memandu kenderaan tak kira kereta atau motosikal ke tempat kerja mahupun menghadiri kuliah, anda perlu ketahui 12 amalan berikut.

 

Mengapa? Dengan harga petrol yang tidak stabil dan selalu turun-naik, kami cadangkan agar anda segera mengambil langkah penjimatan. Lebih-lebih lagi kita, wanita, yang selalu dilabel oleh lelaki sebagai pemandu yang kurang cekap dan tidak berpengetahuan.

 

Jom, InTrend kongsikan panduan penjimatan petrol yang paling efisien.

 

 

12 TIPS Menjimatkan Penggunaan Petrol Kenderaan

 

TIPS 1

 

Isi minyak kereta anda pada waktu pagi atau ketika suhu sejuk. Tahukah anda, kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas? Jika anda mengisi minyak pada waktu panas (tengah hari), cuba perhatikan wap petrol yang keluar dari tangki minyak anda. Justeru, bagi mengurangkan ‘kehilangan’ petrol anda yang ditelan angin maka jadikan amalan mengisi petrol pada waktu pagi.

 

TIPS 2

 

Isi minyak dengan perlahan-lahan. Cara ini membantu petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas, sekali gus membazirkan petrol anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh, ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

 

TIPS 3

 

Isi minyak ketika tangki separuh penuh. Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap, sekali gus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
 


 

TIPS 4

 

Kurangkan beban atau berat kenderaan anda. Keluarkan barang yang tidak perlu seperti peralatan kerja ataupun timbunan kasut. Kereta anda bukan stor ya! Ingat, penambahan berat sebanyak 50 kilogram pada kereta anda akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus!

 

TIPS 5

 

Periksa tekanan angin. Perhatikan tayar kenderaan dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

 

TIPS 6

 

Penyelenggaraan. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

TIPS 7

 

Matikan enjin kereta jika menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

 

TIPS 8

Penggunaan gear yang betul. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan terutama buat pemandu kereta manual. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas bekerja.

 

TIPS 9

 

Penggunaan brek yang betul. Perlahankan kenderaan secara beransur-ansur jika mahu memberhentikan kenderaan. Elakkan brek mengejut!

 

TIPS 10

 

Rancang perjalanan. Ini dapat mengelakkan kesesakan lalu-lintas, menjimatkan masa dan wang, juga mengelakkan stres.

 

 

TIPS 11

 

Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.

 

 

TIPS 12

 

Panaskan enjin kereta anda dengan betul (biarkan 30 saat) sebelum memulakan perjalanan.








 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.