Oct 28, 2016 - 149

15 Jenayah Wanita Mampu Cegah, Baca Sekarang Sebelum Anda Jadi 'NEXT TARGET!'

Peningkatan indeks jenayah kian melampau. Hey wanita, jangan jadi sasaran mudah!

 

Oleh: Fauziah Mohamad Asri 



 
PENINGKATAN indeks jenayah yang melampau-lampau mengundang bahaya. Dan wanita seringkali menjadi mangsa. Sanggupkah anda bangun dan melawan untuk menyelamatkan hak dan nyawa sendiri? Di sini kami kongsikan beberapa panduan berguna yang harus anda peka dan ingat, supaya anda selamat, dan dijauhkan daripada sebarang musibah. 
 

DI KAWASAN UMUM

TIPS 1 Jika anda melihat dan sedar wujudnya masalah, segeralah ubah haluan anda (tak kira anda sedang berjalan kaki atau memandu). Kemudian, bersedialah untuk lari.
 
TIPS 2 Jangan pakai barang kemas yang terlalu menonjol ketika anda berjalan sendirian.

TIPS 3 Jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran. Tonjolkan keyakinan, janganlah mengatur langkah yang lemah gemalai. 


KENDERAAN AWAM 

TIPS 4 Jangan memilih untuk duduk di bahagian tingkap kerana anda mungkin ‘dihalang’ oleh seseorang yang berpotensi menjadi penyerang; selalu pilih tempat duduk di bahagian tepi laluan supaya anda dapat keluar dengan cepat.
 
TIPS 5 Selepas waktu puncak, pilih bahagian tren yang membawa lebih ramai orang atau bahagian yang betul-betul di belakang pemandu tren.
 
TIPS 6 Di dalam bas, duduk di belakang pemandu bas atau di sebelah supaya anda dapat keluar dengan cepat.

 

o-WOMAN-SELF-DEFENSE-facebook.jpg


MENAIKI TEKSI 


TIPS 7 Selalu periksa pengenalan diri pemandu (selalunya dilekatkan dekat dengan visor) dan pastikan ia sama dengan wajah pemandu.

 
TIPS 8 Berhati-hati dengan teksi yang menggunakan kawalan kunci berpusat.
 
TIPS 9 Selalu buat panggilan semasa berada di dalam teksi supaya pemandu tahu yang anda sedang ‘berhubung’ dengan orang lain. 


 

PEJALAN KAKI/JOGING

 
TIPS 10 Selalu berjalan bertentangan jalan raya, jadi anda boleh lihat apa yang datang.
 
TIPS 11 Jika diekori, lari semula ke arah mana anda datang. Jika anda terus berjalan di laluan yang sama, itu akan memudahkan anda untuk terus diekori.
 
TIPS 12 Hati-hati dengan orang lain yang lalu-lalang.
 
TIPS 13 Kerap kali tukar laluan anda. Jangan ulangi laluan yang sama sehingga orang boleh meneka pola gerakan anda di situ.
 
 

PAKAIAN

TIPS 14 Sarungkan pakaian yang boleh memaksimumkan pergerakan anda. 
 
TIPS 15 Yang terakhirnya, ingat! Teknik mempertahankan diri yang terbaik sekalipun tidak akan membantu sekiranya anda tidak boleh lari kerana memakai skirt ketat ataupun kasut tumit tinggi.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.