Aug 05, 2019 - 32

Anugerah Hotel TRAVELOKA — Julung Kali Dianjurkan, Traveloka Iktiraf Industri Perhotelan Malaysia

Traveloka, syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan tempahan perjalanan dan gaya hidup dalam talian bagi destinasi tempatan dan antarabangsa kini tampil dengan Anugerah Hotel Traveloka Malaysia...

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Intrend traveloka 1

 

 

 

Traveloka, syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan tempahan perjalanan dan gaya hidup dalam talian bagi destinasi tempatan dan antarabangsa kini tampil dengan Anugerah Hotel Traveloka Malaysia buat julung kalinya.

 

Acara anugerah terhormat ini bakal diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara mulai 26 Julai sehingga 2 Ogos 2019.

 

Acara ini menyaksikan beberapa hotel terbaik di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Port Dickson dinobatkan sebagai pemenang dalam pusingan pertama bagi Anugerah Hotel Traveloka Malaysia.

 

 

Intrend Traveloka 2

Caption: Traveloka MY Hotel Awards 2019

 

 

Anugerah Hotel Traveloka diperkenalkan buat kali pertama di negara asal jenama tersebut iaitu Indonesia pada 2017.

 

Berdasarkan sokongan dan sambutan hebat yang diterima sepanjang tahun daripada rakan kongsi hotel, Traveloka memutuskan untuk membawa inisiatif ini ke satu tingkat lebih jauh dengan Malaysia sebagai negara pertama di rantau Asia Tenggara bagi menganjurkan Anugerah Hotel Traveloka selepas Indonesia.

 

 

Menurut Angelica Chan, Pengurus Pasaran Negara Traveloka Malaysia berkata, Anugerah Hotel Traveloka Malaysia diwujudkan khas untuk memberi penghargaan kepada rakan kongsi hotel terbaik yang berjaya memberi pengalaman yang bagus untuk tetamu.

 

 

Intrend Traveloka 3

 

 

"Telah lebih daripada tiga tahun sejak kehadiran kami di pasaran Malaysia. Anugerah ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan kami kepada rakan kongsi hotel di atas usaha mereka yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada tetamu Traveloka.

 

Kami berharap melalui inisiatif ini, rakan kongsi hotel akan terus memberikan pengalaman terbaik untuk mendapatkan ulasan positif yang lebih baik di platform Traveloka,” ujarnya.

 

 

Calon-calon dikenalpasti berdasarkan tiga kategori:

Prestij: Hotel 4-5 bintang (Hotel-hotel eksklusif dengan penginapan luar jangkaan)

Premium: Hotel 3 bintang (Hotel-hotel dengan pengalaman penginapan selesa terbaik)

Nilai: Hotel 1-2 bintang (Hotel-hotel berkualiti tinggi dengan pengalaman bernilai)

 

 

 

 

Senarai penuh bagi pemenang di Kuala Lumpur dan Selangor (dengan Pahang dan Port Dickson) adalah seperti di bawah:

  • Pengalaman Tetamu Yang Luar Biasa
  • Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Kebersihan
  • Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Perkhidmatan
  • Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Penyediaan Makanan

 

"Tetamu kami sentiasa mencari hotel dengan tawaran dan perkhidmatan yang hebat. Disebabkan itu, kami sentiasa menggalakkan mereka untuk berkongsi maklum balas selepas setiap penginapan.

 

Kami menghargai maklum balas setiap pengunjung dan berharap agar ia bukan sahaja dapat meningkatkan industri perhotelan secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan kedudukan Traveloka sebagai ‘one-stop’ platform destinasi tempahan," kata Angelica.

 

 

Senarai penuh bagi pemenang di Kuala Lumpur dan Selangor (dengan Pahang dan Port Dickson) adalah seperti di bawah:

 

Negeri Sembilan

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Kebersihan - Avillion Admiral Cove (prestij)

 

 

 

 

Pengalaman Tetamu Luar Biasa - Lexis Hibiscus Port Dickson (prestij)

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lexis Hibiscus PD (@lexishibiscus) on

 

 

 

Pahang

Pengalaman Tetamu Luar Biasa

  • Resorts World Genting - First World Hotel (premium)
  • Grand Ion Delemen Hotel (prestij)

 

 

Selangor

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Kebersihan

  • City View Hotel At KLIA & KLIA2 (nilai)
  • Tune Hotel - DPulze Cyberjaya (premium)
  • Concorde Hotel Shah Alam (prestij)

 

 

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Perkhidmatan

  • Capsule Transit (nilai)
  • GM Grand Moments (nilai)
  • Sri Langit Hotel (premium)
  • Dash Box Hotel Cyberjaya (premium)

 

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Penyediaan Makanan

  • Citadines DPulze Cyberjaya (premium)
  • Palm Garden Hotel (prestij)

 

Pengalaman Tetamu Luar Biasa

  • Bary Inn Hotel (nilai)
  • The Youniq Hotel (premium)
  • The Everly Putrajaya (prestij)

 

 

Kuala Lumpur

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Kebersihan

  • Gold3 Boutique Hotel (nilai)
  • Hotel 99 Kuala Lumpur (Chinatown) (premium)
  • Concorde Hotel Kuala Lumpur (prestij)

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Concorde Hotel Kuala Lumpur (@concordehotelkl) on

 

 

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Perkhidmatan

  • Simms Boutique Hotel (nilai)
  • Easy Hotel Kuala Lumpur Sentral (premium)
  • ANSA Hotel Kuala Lumpur (prestij)

 

Pengalaman Tetamu Terbaik Dalam Penyediaan Makanan

  • Hotel Imperial Bukit Bintang (nilai)
  • Alpha Genesis Hotel (premium)
  • The Zon All Suites Residences On The Park (prestij)

 

Pengalaman Tetamu Luar Biasa

  • My Hotel @ KL Sentral (nilai)
  • Hotel CaPITOL Kuala Lumpur (premium)
  • Royale Chulan Bukit Bintang (prestij)

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RoyaleChulanBukitBintang (@royalechulanbukitbintang) on

 

 

Dengan adanya inisiatif penganugerahan ini, ia sedikit sebanyak memberi input dan nilai tambah kepada pengunjung dalam memilih tempat penginapan terbaik.

 

Dalam masa sama, ia juga membantu pihak hotel dan pusat penginapan untuk terus mengekalkan dan memberi perkhidmatan bertaraf lima bintang demi keselesaan pengunjung. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Capsule Transit Airport Hotel (@capsule.transit) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.