Dec 04, 2018 - 3749

Ibu Bapa Buntu, Anak Tak Mahir Tulis Karangan BI UPSR — Ini RAHSIA Cemerlang, Minta Anak Amalkan

Kata kebanyakan orang, UPSR bukanlah apa-apa. Namun mengapa guru, ibu bapa dan anak-anak memberi sepenuh jiwa raga?

Oleh: Rosie Haslinda Nasir 

 

 

 

 

 

 

DUA tahun dulu, saya menerima saranan kekanda saya supaya cuba sedaya-upaya menghantar anakanda saya, Rania Adlina — belajar di Pusat Tuisyen Idea Unggul (PTIU). Saya tinggal jauh dari Kajang. Jadi dua tahun kami berulang-alik setiap pagi Ahad. Ada masa saya rasa give-up juga dan fikir, kenapa saya perlu hantar jauh-jauh? Sedangkan pusat tuisyen ada merata-rata di sekeliling rumah kami (Bandar Nusaputra, dekat Putra Perdana). Tetapi dua anak saudara saya yang terlebih dahulu berguru di PTIU, kongsi feedback positif. Seorang pernah menyertai kelas UPSR, seorang lagi pernah memasuki kelas intensif persediaan SPM utk murid SBP.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 👑RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 👑RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 👑RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

 

 

Jadi ya, dua tahun kami berulang-alik. Dua tahun itu juga Allah izinkan, ada ganjarannya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 👑RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

 

 

Terima kasih tidak terhingga kepada cikgu-cikgu PTIU yang terlibat dalam proses pembelajaran anak saya — Cikgu Mohd Danial (Bahasa Inggeris), Cikgu Walida (Matematik), Cikgu Izzati (Sains) dan Cikgu Saidatul (Bahasa Malaysia). Cikgu-cikgu ini semuanya sangat baik, positif, friendly, ada rentak dan teknik tersendiri apabila mengajar, ada personalised approach, fokus kepada anak didik.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 👑RANIA ADLINA (@rania.mermaidiagirl) on

 

 

Tiap kali ambil anak dari kelas Ahad, saya tanya anak, “How was your class, Yaya? Was it great, good or just okay?”

 

Rania pasti jawab, “It was GRRRREEEAAATTTT, mama!” 

 

Bila dengar dia jawab macam tu, saya happy. Rasa penat macam terbayar. Saya tahu saya tak salah pilih. Ya syukur Allah buka jalan untuk saya kenal dan tahu PTIU. 

 

Barisan tenaga pengajar PTIU. 

 

Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu PTIU terdahulu untuk kelas 2017, juga kepada Cikgu Fauzi, strategist yang merencana agenda besar anak-anak PTIU. Rania diizinkan Allah dapat 6A dalam Percubaan UPSR Pertama dan Percubaan UPSR ke-2, dan keputusan sama untuk peperiksaan sebenar UPSR. Yang buat saya terharu, Rania exit sekolah sebagai pelajar nombor 1 keseluruhan untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2018 SK Cyberjaya. 



 

UPSR Itu Jihad Kecil Anak-anak

Saya mendapat maklum balas, selain Kertas Sains dan Matematik, Kertas Penulisan Bahasa Inggeris juga menjadi antara asbab mengapa ramai anak-anak cemerlang di sekolah Rania harus reda dengan keputusan 5A atau 4A. Untuk anak-anak, janganlah bersedih. Anak-anak sudah berusaha kuat dan mencuba yang terbaik. Kalau Allah kata rezeki kita sekian-sekian, kalau Allah kata rezeki kita pada jeda waktu yang lain, maka kita terimalah ia dengan besar hati dan lapang dada. 

 

Saya dan suami berpesan perkara yang sama kepada Rania: "Kalau Yaya tak dapat straight As, please... don't be sad. Please... don't be broken hearted. Mama dan Abah sudah syukur dengan trial result Yaya. Mama dan Abah tak mahu apa-apa lagi..."

 

Rania diam. Saya rasa dia hadam pesanan saya itu. 

 

Bagaimana Tanam Minat Anak Suka Menulis Karangan Bahasa Inggeris?

Saya ingin berkongsi proses latih-tubi menulis karangan untuk Kertas Penulisan Bahasa Inggeris Bahagian B dan Bahagian C yang Rania selalu buat selama ini. Ya, harapkan saya mengajarnya, pastilah jadi cerpen Bahasa Malaysia, haha... 

 

Apa yang akan saya lampirkan di sini adalah 25 contoh karangan pendek (Kertas Penulisan Bahasa Inggeris Bahagian B dan Bahagian C) yang Rania hasilkan secara latih tubi, hasil bimbingan dan tunjuk ajar tutor aka mentornya, Teacher Nalini — yang sudah mengajar Rania subjek Matematik dan Bahasa Inggeris sejak Rania darjah dua lagi. Ya, kalau ada anak-anak yang lemah asas menulis karangan Bahasa Inggeris, mahu segera bina foundation lalu gilap skill menulis karangan, saya sarankan, carilah Teacher Nalini. Terima kasih banyak, Nalini.


Teacher Nalini bersama anaknya. 

 

Selain Teacher Nalini, Rania bertuah menerima asuhan dan bimbingan Bahasa Inggeris daripada Cikgu Hidayuwati Ahmad (semasa Darjah 5) dan yang terkini, Cikgu Nur Suraya yang sangat-sangat teliti, cermat, sabar, prihatin dan selalu sudi menyemak karangan Rania via WhatsApp (semasa Darjah 6). Selain tiga cikgu ini, hadir juga Sir Mohd Danial, pendidik muda yang dinamik dari PTIU, yang mengajar Rania subjek Bahasa Inggeris setiap Ahad.

 

 Inilah Wajah Sebahagian Wira & Wirawati SK Cyberjaya yang Telah Menggilap Potensi Anak-anak UPSR 2018


CIKGU SURAYA

Bersama Cikgu Suraya, guru Bahasa Inggeris Tahun 6 yang manis dan lemah-lembut. Perfectionist, rinci, teliti dan mementingkan ketepatan. Beliau banyak membantu memperkemas dan memantapkan karangan Bahasa Inggeris tulisan Rania dan kawan-kawan seangkatannya. Terima kasih Cikgu Suraya. 

 

 


CIKGU KASEHMELATI

Bersama Cikgu Kasehmelati, seorang lagi wirawati, tulang belakang penting dalam kejayaan anak-anak UPSR 2018 SK Cyberjaya untuk subjek Bahasa Malaysia. Rania sendiri berguru banyak perkara daripada Cikgu Kasehmelati, terutamanya tentang teknik-teknik dan selok-belok menulis karangan Bahasa Malaysia dengan baik, mengikut skema yang telah ditetapkan. Cikgu Kasehmelati merupakan guru darjah 6 Cemerlang yang pengasih, prihatin dan senantiasa melayan anak-anak didiknya dengan hemah dan hemat. Terima kasih Cikgu Kaseh. 

 

 

 

CIKGU HERMAN

Cikgu Herman (tiga dari kiri), guru Sains Rania yang banyak pengalaman. Individu penting yang telah membentuk minat mendalam Rania terhadap subjek Sains. Juga antara tunjang utama yang telah bersama-sama membentuk dan menggilap potensi anak-anak UPSR 2018 SK Cyberjaya. Sejak awal tahun lagi, Cikgu Herman selalu responsif, memberi maklum balas, nasihat serta panduan dengan pantas setiap kali saya menghubunginya untuk bertanyakan hal-hal berkaitan subjek Sains serta perkembangan Rania. Terima kasih Cikgu Herman. 

 

 


CIKGU ZAINI 

Cikgu Zaini (kiri), guru subjek Matematik Rania yang periang, kreatif, agresif dan punya pendekatan tersendiri dalam memastikan anak-anak didiknya menguasai subjek Matematik. Cikgu Noorazimah (kanan sekali), guru subjek Sains merangkap Guru Penyelaras Tahun 6 yang bertanggungjawab memastikan kelancaran semua program berkaitan pelajar UPSR 2018 SK Cyberjaya. Terima kasih Cikgu Zaini dan Cikgu Noorazimah. 

 

 

 

25 Contoh Sebenar Karangan Bahasa Inggeris UPSR yang Boleh Anak Anda Rujuk Sebagai Panduan

 

Tema: Tentang rompakan di sebuah rumah 

 

 

 

Tema: Tentang pertandingan seni lukis dan semangat kerjasama

 

 

 

Tema: Tentang OKU dan keazaman untuk berjaya dalam kehidupan 

 

 

 

 

 

Tema: Tentang aktiviti riadah sebuah keluarga bahagia

 

 

 

 

Tema: Tentang keracunan makanan

 

 


 

Tema: Tentang persaraan guru dan majlis perpisahan 

 

 

 

 

Tema: Tentang kes ragut dan sikap masyarakat prihatin 

 

 



 

Tema: Tentang hobi dan persediaan untuk menyertai pertandingan

 

 

 

Tema: Tentang kes penculikan kanak-kanak dan langkah-langkah mengatasinya

 

 

 

Tema: Tentang lawatan ke Zoo Negara dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 

 



 

Tema: Tentang program lawatan bersama kawan-kawan sekolah dan menghargai keindahan alam semula jadi 

 


 

Tema: Tentang rompakan/kejadian pecah rumah dan laporan polis

 



 

Tema: Tentang pengurusan wang secara bijak

 

 

 

 

Tema: Tentang persediaan menyertai pertandingan bercerita 

 

 

 

Tema: Menyampaikan mesej kepada kawan

 

 

 

Tema: Tentang budak nakal yang mencuri dan pengajarannya

 

 


 

Tema: Tentang perkhemahan kumpulan pengakap 

 


 

Tema: Menyelamatkan kucing/haiwan peliharaan dan sikap masyarakat prihatin

 


 

Tema: Mesej untuk memberi pandu arah ke sebuah lokasi yang ingin ditujui 

 



 

Tema: Tentang kemalangan jalan raya 

 

 

 

 


 

Tema: Tentang kasih sayang, menyelamatkan haiwan dan sikap prihatin dalam kalangan masyarakat

 


 

Tema: Tentang kemalangan jalan raya

 

 


 

Tema: Tentang peristiwa ditimpa hujan

 

 


 

Tema: Tentang budak degil yang enggan mendengar nasihat dan pengajarannya

 

 


 

Tema: Mesej kepada kawan baik tentang iklan minuman

 

 

Semoga perkongsian ini berguna untuk sahabat-sahabat FB saya yang bakal hantar anak-anak ke dewan peperiksaan UPSR tahun 2019 nanti. Mohon maaf menulis panjang. Tapi ini perkongsian ikhlas saya. Saya percaya ibu bapa lain juga ada cerita jatuh-bangun tersendiri. Selamat menuntut ilmu. Selamat berkongsi ilmu. 

 

 

 

 

 

 

 

BELASUNGKAWA: Anak-anak didik taman ilmu ini telah kehilangan Ayahanda Allahyarham Guru Besar SK Cyberjaya, Cikgu Mohd Zahari bin Mohd Noor yang kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 19 September 2018 — beberapa hari sebelum berlangsungnya peperiksaan UPSR 2018. Tiada harta dunia yang dapat membayar jasa dan amal bakti cikgu kepada anak-anak kami. Kami akan sentiasa merinduimu. Al-Fatihah. 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.