Feb 15, 2016 - 10

(EKSKLUSIF!) Aksi Sporting Dato’ Siti, Ziana Zain, Che Ta, Fazura & Erra Menari di Majlis Perkahwinan ‘Bollywood’ Jamil Ruzaini & Deqda

Selebriti Malaysia Demam Bollywood di Majlis Perkahwinan Jamil Ruzaini & Deqda...

 Pemergian 10 hari ke India telah memberi banyak inspirasi kepada Jamil Ruzaini untuk merealisasikan perkahwinan impiannya yang bertemakan Bollywood. Idea asal untuk memasukkan elemen-elemen Bollywood klasik datang daripada filem epik cinta-sejarah, Bajirao Mastani yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali. InTrend dimaklumkan, team Jamil Ruzaini turut pergi ke istana lama di India yang digunakan dalam filem lakonan Deepika Padukone dan Ranveer Singh itu untuk mengabadikan keindahan istana tersebut.
 
Bonda pengantin lelaki menjelaskan dalam ucaptamanya, bahawa sememangnya ada darah India Pakistan yang mengalir dalam salasilah keluarga mereka. Maka tidak hairanlah jika elemen-elemen Hindustani-Bollywood yang menjadi teras utama konsep perkahwinan Jamil Ruzaini - Deqda terserlah dengan indah dan serasi. Selain berdarah India Pakistan, Jamil Ruzaini juga mewarisi darah kerabat Kedah dari sebelah ayahandanya.
 
 Tulang belakang penting majlis ini, Rizman Nordin (pasangan bisnes jenama Rizman Ruzaini Creations) dan team rapat merupakan pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis semenjak upacara akad nikah di Perak hinggalah majlis resepsi di Kuala Lumpur.
 
Dekorasi majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur merupakan kerja kreatif @nasgreatidea_weddings, fotografi dan ‘live update’ oleh @theasmble; videografi oleh @mqproduction, videografi MCP oleh @prettypeektures, fotografi selebriti oleh @blackpepperproduction, kek oleh @cakes_artdesign, solekan mempelai oleh Bosco dan busana mempelai oleh Rizman Ruzaini.
 
Ramai selebriti Malaysia hadir meraikan perkahwinan ini, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura, Rozita Che Wan, Dayang Nurfaizah, Awal Ashaari, Scha Alyahya,  Erra Fazira, Ella, Elfira Roy, Amy Search, Ayu Raudhah, Datuk Aznil Hj. Nawawi dan Zahida Rafik. Rata-rata komen di laman media sosial yang dibuat oleh netizen menyifatkannya sebagai ‘Perkahwinan Abad Ini’. Ternyata tema Hindustani dan persembahan tarian gilang-gemilang ala filem Bollywood membuat banyak netizen teruja. Malah banyak netizen berazam untuk mengguna pakai idea tersebut sebagai tema majlis perkahwinan mereka nanti.
 
 KREDIT FOTO : @theasmble & @blackpepperproduction
1.jpg2.jpg

5.jpg8.jpg7.jpg
6.jpg9.jpg12.jpg10.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.