Apr 25, 2016 - 29

[GEMPAR!] Jihan Muse Sedih Hilang 1.1 Juta Followers Bila Akaun Instagramnya digodam

Akaun Instagram Jihan Muse digodam dan semua foto kahwinnya lenyap...

cover-jihan.jpg
Jihan Muse Sedih Hilang 1.1 Juta Followers Bila Akaun Instagramnya digodam

Kira-kira 14 jam sebelum wajah sampul @intrendmalaysia Edisi Genius Komedi, Jihan Muse ke udara untuk mengacarakan program Gempak Superstar sebagai hos ganti buat Scha Alyahya yang bercuti di Jepun, Jihan dikejutkan apabila akaun Instagramnya digodam pada hari Ahad 24 April, jam 6.00 pagi. 


“Account has been hijacked!! Lost all photos and 1.1M Followers *emoticon menangis* HELP!!!!!!! 24/4/2016, 6AM.”


Kenyatan di atas adalah status pada profil Jihan Muse aka Song Ji Hyun yang dimuatnaik oleh suaminya, Ungku Hariz sewaktu dia mengumumkan berita tentang akaun Instagram isterinya yang telah digodam. 

 

“Assalamualaikum kepada semua. Saya ingin memberitahu yang akaun IG isteri saya @jihanmuse telah di’hack’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan ia telah menyusahkan ramai pihak. Harap kepada orang ramai mengambil berat isu ini agar ia tidak  berleluasa sebagai jenayah lebih berat. Segala pendapat dan idea untuk membantu ‘memulihkan’ keadaan ini amat kami hargai. TQ.” - @ungkuhariz

 

Oleh kerana sudah kehilangan satu platform penting untuk berinteraksi dengan para peminatnya, Jihan Muse segera mengumumkan berita akaun Instagramnya digodam itu di laman Twitter pada hari yang sama, jam 8.21 pagi. 
 

“IG KENE CURIK!! *emoticon menangis* Apa nak buat ni???!! Tolong!!!”
 

Pada hari yang sama, seminit selepas melakukan tweet di atas, Jihan menulis status berikut:

“Ya Allah! Bangun pagi-pagi tengok Instagram jadi macam ni. Followers 1.1M dah hilang. Gambar semua hilang. Tinggal video lucah apa ni???? Sebelum ni ada e-mel minta verify akaun untuk dapatkan blue tick jadi kita verifiedlah. Ingat nak selamatkan akaun tiba-tiba jadi macam ni. Apa nak buat ni? Tolong!!!!” *emoticon menangis*

Rata-rata peminat bersimpati dengan Jihan. Mereka menasihatkan Jihan agar bersabar, meyakinnya bahawa ada hikmah di sebalik peristiwa itu. Malah, para peminat menyarankan Jihan agar segera membuat akaun baru kerana mereka berjanji akan membantu Jihan membangunkan semula akaun baru. Secara jujur Jihan mengakui, perkara yang paling membuat hatinya sedih dan kecewa adalah hilangnya semua foto perkahwinan yang telah dimuat naik secara live update sepanjang majlis pernikahan dan resepsinya dengan Ungku Hariz.     

 

4c71b8f1356e8cc1a65eb69224c4acdb.jpg97e98ac54cdc7c84fd7dceafc1788c7d.jpgeb30e865323aee6c821d65e55cae267c.jpg47da929a434d808998e57585e455d100.jpg4226e6bc03a5fd7eecf2fb44475b0487.jpg
 

Walaupun tertekan dan berdukacita, Jihan tetap melaksanakan tugasnya dengan profesional bersama-sama Sharnaaz Ahmad, mengendalikan lintas langsung program realiti Gempak Superstar yang bersiaran dari Johor Bahru. Program yang menghimpun barisan aktor, aktres dan hos popular Malaysia yang ingin menguji bakat nyanyian mereka ini turut diisi dengan empat nama besar, iaitu Datuk Ramli MS selaku Pengarah Muzik dan Vokal, Datin Marlia Musa dan Pat Ibrahim sebagai Penasihat Drama serta Hanafi Rosdi sebagai Penasihat Koreografi. Sepuluh bintang layar perak yang mengambil bahagian adalah Tasha Shila, Raja Ilya, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Siti Elizad, Nazim Othman, Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin dan Arja Lee. Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000; naib juara dengan habuan RM25,000 manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal membawa pulang RM15,000 dan RM10,000. 

Kepada Jihan Muse, InTrend Malaysia mendoakan agar beliau tabah dengan dugaan ini dan segera bangkit untuk membina semula tapak onlinenya yang baru. 

 

     

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  JIhanMuse