Jan 13, 2016 - 1

[HIBURAN] Tahniah! Atu Zero bakal berkahwin pada 8 Februari ini

Tahniah ! Pelawak Atu daripada kumpulan Zero bakal menamatkan zaman solonya bersama pilihan hatinya, Shafeeqa Johari...

 Tahniah ! Pelawak Atu daripada kumpulan Zero bakal menamatkan zaman solonya bersama pilihan hatinya, Shafeeqa Johari adalah seorang pereka fesyen. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana dikediaman Shafeeqa yang terletak di Batu Pahat, Johor. Manakala, majlis akad nikah berlangsung pada sebelah pagi dan majlis persandingan diadakan disebelah petang pada hari yang sama.

Pelakon komedi berusia 24 tahun ini turut secara terbuka mengakui bakal isterinya itu berumur 30 tahun namun faktor usia tidak menghalang pasangan ini dari berumahtangga.Sementara itu, Atu turut menjelaskan dia sudah mengenali kekasihnya itu sejak setahun lalu sebelum kumpulan Zero memenangi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2015. Selain senang dengan perwatakan dan memahami kerjayanya wanita tersebut amat istimewa dimata ahli kumpulan Zero ini kerana tidak memandang darjat dan secara terbuka menerima segala kekurangan.
 
Tambah Atu, wanita tersebut kini mengusahakan sebuah butik Sastera Hijab di Shah Alam. Atu turut berharap perkahwinan di usia muda ini akan membuatkan dirinya lebih matang didalam menguruskan kehidupan berumah tangga dan berharap agar semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Tahniah kepada Atu Zero dan Shfeeqa, semoga kekal ke Jannah.
 
Sumber teks :ERA.fm

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  AtuZERO