Apr 15, 2015 - 1

Hafreez Pelakon Baru Yang Hanya Menimba Ilmu Di Lokasi Penggambaran

Tuah menyebelahi anak muda ini apabila dia diberi peluang berlakon tatkala menemani rakannya menjalani uji bakat.

 
Tuah menyebelahi anak muda ini apabila dia diberi peluang berlakon tatkala menemani rakannya menjalani uji bakat. Tuturnya jujur, “Saya pelakon baru yang tiada asas lakonan. Lokasi adalah tempat saya menimba ilmu. Justeru, beri saya peluang untuk buktikan kemampuan diri.”
dscfwece.jpg
Bahan bacaan terkini?
The Last Book Club. Ia berkisar liku-liku perjalanan seorang ibu berjiwa kental yang berdepan dengan kanser.

Filem kegemaran?
Sudah pasti Changeling lakonan Angelina Jolie dan The Curious Case of Benjamin Button lakonan Brad Pitt. Saya suka pada jalan cerita yang membuatkan saya perlu berfikir.

Idola?
Saya memilih Fazura kerana dia mempunyai positive vibe dan saya selesa kala bekerja dengannya.

Rutin ‘grooming’?
Menjadi amalan saya untuk mencuci muka dengan sempurna setiap hari. Dan tidak pernah lupa mengunjungi salun untuk merapikan rambut setiap dua minggu.

Tidak boleh hidup tanpa?
Sudah tentu keluarga kerana mereka adalah segalanya!

Mengagumi bakat?
Datuk Fauziah Ahmad Daud dan artis veteran yang lain. Saya kagum dengan disiplin dan kecintaan mereka terhadap seni.

5 perkara tentang Hafreez?
Reserved, cakap laju, suka memasak, seorang geek dan peramah.

Impian dan harapan?
Mahu membantu keluarga mengembangkan perniagaan mereka iaitu Angle by El dan Storge by Hac. Juga mahu fokus dalam seni lakonan agar bisa membina nama.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: