Dec 21, 2015 - 3

[MOVIE] Filem Ola Bola cerita kisah benar pemain bola sepak negara era 80an

Filem terbaru Ola Bola bakal menggegarkan pawagam pada tahun hadapan. Filem ini mendapat sentuhan hebat...

 12341356_971093652969544_8750366059072181224_n.jpg

Filem terbaru Ola Bola bakal menggegarkan pawagam pada tahun hadapan. Filem ini mendapat sentuhan hebat daripada pengarah box-office, The Journey, Chiu Keng Guan yang mengangkat kisah benar mengenai pemain bola sepak Negara era 80-an. Filem Ola Bola memaparkan semangat juang permain  bola sepak Negara yang pernah menjulang nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpak, Moscow Rusia pada 1980.

Menurut pengarah filem ini, menghasilkan filem yang berkaitan dengan sukan bola sepak adalah impiannya. Nampaknya impiannya untuk menghasilkan sebuah karya mengenai bola sepak tercapai akhrinya. Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae dan pelakon bakat baru antaranya Muhd Luqman Hafidz, Chee Jun Cherng dan Low Sin Mun. Pasti pengarah Keng Guan menjanjikan kualiti dan kelainan dalam filem Ola Bola ini. Filem terbitan Astro Shaw ini menampilkan produksi Woo Ho Picture menghasilkan filem Ola Bola. Ketahu info terkini mengenai Ola Bola, boleh layari laman web www.olabola.tv.
 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  OlaBola