Nov 27, 2015 - 4

[MOVIE] Gempar! Filem Langit Cinta pembuka tirai 2016

Setelah melakar kerjayaan filem Ombak Rindu, Osman Ali kembali dengan sebuah karya...

 Setelah melakar kerjayaan filem Ombak Rindu, Osman Ali kembali dengan sebuah karya yang berjudul Langit Cinta. Filem ini mempertaruhkan pelakon hebat antaranya Nur Fazura, Keith Foo dan Farid Kamil sebagai penggerak utama filem ini. Filem ini juga membariskan bintang-bintang hebat antaranya Fauziah Ahmad Daud, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri. Menurut Osman Ali, proses penggambaran filem ini memakan belanja besar bagi menyediakan peralatan dan prop yang lengkap. Selain itu, lagu tema filem ini dinanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Adakah lagu ini bakal menjadi lagu berhantu tidak lama lagi? Nantikan filem Langi Cinta di pawagam pada 7 Januari 2016.
 
Sinopsis Langit Cinta :
Langit Cinta mengisahkan percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.Perkenalan dengan Khadijah dia mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.



Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  langitcinta