Feb 10, 2016 - 4

[Sensasi!] Vin Diesel umumkan jadual tayangan Fast & Furious 9 dan 10

Vin Diesel telah memuatnaik tarikh tayangan bagi filem Fast & Furious 8, 9 dan 10 di akaun Instagram miliknya...

   Melalui akaun Instagram, pelakon Vin Diesel pada khamis lepas, telah mengumumkan jadual tayangan bagi filem Fast & Furious 9 dan 10. Filem, Fast & Furious 9 bakal ada dipawagam pada 19 April 2019, manakala filem ini siri ke-10 akan menyusul dua tahun kemudian pada 2 April 2012. Selain itu, filem Fast & Furious ke -8 akan ditayangkan pada 14 April 2017. Buat pengetahuan peminat Fast & Furious , jadual yang dirancang untuk filem ini tidak mestinya dikeluarkan mengikut  jadual yang ditetapkan oleh produksi Fast & Furious.  

Malah pelakon bagi filem ini masih mengekalkan teraju utama antaranya Diesel, Jason Statham, Dwayne Johnson, Kurt Russell, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris "Ludacris" Bridges, Elsa Pataky dan Lucas Black dalam Fast & Furious  8. Buat peminat F&F harap bersabar menanti kesinambungan filem ini pada tahun hadapan.

 

A photo posted by Vin Diesel (@vindiesel) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  FastFurious