Feb 12, 2016 - 17

(TERBONGKAR!) Atue Zero Maharaja Lawak Dedah Cerita Sebenar Tentang Isterinya

InTrend berkesempatan temubual eksklusif bersama Atu Zero sebelum 24 jam majlis pernikahannya...


10 Soalan Tentang Gadis Pilihan Atue Zero

1. Apa yang buat Atue tertarik sama wanita bernama Shafeeqa binti Johari?
Bunyinya pelik, tetapi hakikatnya, saya memang suka dengan perangainya yang garang, hahaha! Dia juga wanita yang berterus-terang dalam semua perkara. 
 
2. LIMA perkara yang menggambarkan diri Shafeeqa?
Bersiap orangnya (hehehe), mesin jahit, pakaian, memasak dan err… apa ya? Oh ya, kasut, kasut!
 
3. Boleh Atue bayangkan berapa anak Atue bersama Shafeeqa nan
ti?
Sebelas orang, har-har-har!
 
4. Panggilan manja Atue untuk Shafeeqa?

Eqa saja. Ish, tak pandai nak manja-manjalah, hahaha!
 
5. Umum mengetahui Shafeeqa merupakan pengurus Kumpulan Zero selama ini, malah untuk temu janji penggambaran bersama InTrend tahun lalu pun, semuanya diurus melalui Shafeeqa, terima kasih. Jadi bagaimana haluan Shafeeqa selepas ini? Masih mengurus Zero?
Selepas kahwin, Eqa akan mengurus saya seoranglah, sebab saya seorang yang kahwin dengan dia, kih-kih-kih.
 
6. Berapa lama bercinta?

Tidak lama, setahun saja sudah cukup untuk mengenali isi hati dan akal budinya.
 
7. Berbulan madu di mana?

Kami tidak terbang jauh, kerana kami percaya pada prinsip berjimat-cermat. Sebab itulah juga majlis perkahwinan kami diatur secara sederhana. Yang mana kami boleh buat sendiri, maka kami buat sendiri saja, kak. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri.  Semuanya ikut kemampuan kami. Yang pasti, hidup selepas berkahwin itu sudah tentu lebih mencabar. Lebih baik kami bersedia mulai sekarang. Tentang bulan madu, tiada perancangan luar biasa. Kami cuma pulang ke Kudat untuk bersendirian buat seketika.
 
8. Pengalaman manis perkahwinan?
Atue dan ayah mentua bersama-sama bertukang membina sendiri pelamin. Kebetulan bapa mentua memiliki kilang perabot, mudahlah juga mendapat bekalan kayu-kayu dan perkakas yang perlu. Eqa pula kreatif. Dekorasi pelamin itu pun dialah yang membega-beganya. 
 
9. Mengapa tidak minta/terima orang menaja perkahwinan Atue dan Eqa macam selebriti lain?
Kami pilih untuk bersederhana sahaja. Biarlah ia hasil titik-peluh kami sendiri, kami mahu kahwin seperti orang biasa sahaja. Meriahnya pun cara orang kampung, lebih puas rasanya.
 
10. Ucapan Atue khas buat Shafeeqa?
Atue berharap dan berdoa semoga isteri Atue rela untuk terus bersama menempuh perjalanan hidup, susah-senang, pahit-manis kehidupan sebagai anak seni. Hidup sebagai anak seni ini penuh duri dan ranjau, semoga dia tabah menemani saya.

2.jpg4.jpg3.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.