Jun 06, 2016 - 40

[TRENDING!] 8 Filem Diadaptasi Dari Buku dan Sekuel yang Perlu Ditonton Pada Jun Ini!

Pasti Jun ini, pelbagai filem-filem menarik bakal menggegarkan panggung wayang. Buat penggemar tegar filem...

1. My New Sassy Girl (Sudah mula ditayangkan) 
Sebuah filem Korea, yang mengisahkan tentang Gyun Woo yang telah jatuh cinta dengan rakan sekelanya, seorang gadis dari China yang tidak fasih berbahasa Korea. Selepas beberapa tahun, mereka bertemu semula, malah mereka mahu berkahwin walaupun ditentang oleh ibubapa kedua-dua pihak. Perkara ini menjadi lebih rumit buat Gyun-woo apabila dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri. 


2. Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows (Sudah mula ditayangkan)
Teenage Mutant Ninja Turtles kembali dengan misi baru di New York, tetapi kali ini mereka bertemu dengan penyelamat baru iaitu Casey Jones, yang dijayakan oleh Stephen Amell.


3. The Conjuring 2 (Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016)
Selepas mengendali kes di sebuah rumah ladang di Rhode Island, penyiasat paranormal Ed Warren dan isterinya Lorraine Warren kembali. Kali ini mereka mengembara ke England untuk menyiasat roh jahat di sebuah kediaman di London Borough, Enfield.

 

4. Me Before You (Sudah mula ditayangkan)
Filem yang diangkat dari sebuah novel "Me Before You" nukilan Jojo Moyes, mengisahkan tentang seorang gadis di sebuah perkampungan kecil yang menjalin hubungan tanpa disedari dengan seorang lelaki lumpuh yang dijaga olehnya. Ia dibintangi oleh Emilia Clarke, Sam Claflin, Jenna Coleman, Charles Dance, Matthew Lewis, Ben Lloyd-Hughes dan Janet McTeer.    



5. Now You See Me 2 (Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016)
Selepas setahun bebas daripada FBI, Four Horsemen kini kembali untuk melakukan satu lagi rompakan berbahaya. Mereka berharap untuk mendedahkan salah laku seorang taikun dengan membuat persembahan terakhir bagi membersihkan nama mereka, dan pada masa yang sama mendedahkan dalang di sebaliknya.

 

6. Finding Dory (Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016)
Kesinambungan selepas kejadian "Finding Nemo", Dory yang menghidapi amnesia secara tiba-tiba kembali ingat zaman kanak-kanaknya. Ditemani oleh Nemo dan Marlin, dia telah mengembara bagi mencari keluarganya. Dia mendapati dirinya berada di Institut Hidupan Marin Monterey, di mana dia bertemu dengan paus putih Beluga bernama Bailey, paus jerung bernama Destiny dan juga Octopus bernama Hank.



7. Independence Day: Resurgence (Tarikh Tayangan: 23 Jun 2016)
Filem arahan Roland Emmerich ini adalah sekuel kepada filem "Independence Day" yang akan menyaksikan Liam Hemsworth membawa watak utama apabila dunia sekali lagi diceroboh oleh makhluk asing.

 

8. The Legend of Tarzan (Tarikh Tayangan: 30 Jun 2016) 
Selepas beberapa tahun Tarzan meninggalkan hutan di Africa untuk hidup bersama isterinya Jane Porter di London sebagai John Clayton III, Lord Greystoke. Dia telah dijemput ke Congo untuk berkhidmat sebagai perwakilan Parlimen. Dia tidak menyedari dia kini berhadapan dengan situasi berbahaya yang didalangi oleh Kapten Belgium, Rom.  

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  8filem