Feb 21, 2016 - 4

[TRENDING!] Foto Eksklusif Persiapan Menjelang Pernikahan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki

Pelakon Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Hanif Zaki. Pernikahan mereka berlangsung di...

  Tahniah! kepada pelakon cantik Anzalna Nasir telah diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Hanif Zaki. Anzalna menerima mas kahwin RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Mereka dinikahi oleh bapa Anzalna sendiri, Prof Mady Dr Md Nasir Ibrahim, dengan sekali lafaz yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. 

 

Anzalna tampil anggun berbusana serba putih yang direka oleh Rizalman Ibrahim dengan tatarias menawan sentuhan jurusolek Khir Khalid. Majlis pernikahan yang dirias cantik oleh @glamweddings secara sederhana yang dihadiri oleh teman-teman rapat dan keluarga kedua-dua pihak. Hanif menyarungkan sebentuk cincin tajaan @mouawadjewelry ke jari manis Anzalna. InTrend mendoakan agar perkahwinan mereke berkekalan hingga ke akhir hayat. Pasangan ini akan diraikan dalam dua majlis resepsi pada 27 Februari ini di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dan disusuli pada 3 April ini.

Selamat Pengantin Baru! 

 

Anzalan-3.jpgAnzalna-1.jpganzalan-6.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Hanzalna