Sep 07, 2015 - 1

[TRENDING] Lelaki Harapan Dunia mengungguli kemenangan di FFM 27

Teks : Athirah Zulkifli Ramai yang sudah menjangka filem Lelaki Harapan Dunia meraih kemenangan besar berdasarkan kauliti keseluruhan filem...

  1-(1).jpg

Festival Filem Malaysia ke 27, selesai melabuh tira pada Sabtu lepas. Anugerah berprestij ini memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dengan dunia perfileman tidak kira pelakon, pengarah mahupun di sebalik tabir.
Berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre, menyaksikan berberapa filem mempertandingkan hasil karya mereka. Anugerah yang paling ditunggu pada malam tersebut ialah anugerah utama iaitu Filem Terbaik yang telah dimenangi oleh filem Lelaki Harapan Dunia dari Everythings Film Sdn Bhd. Mlah File mini juga turut memenangi anugerah lain seperti Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.
Pentas FFM 27 lebih hangat lagi dengan gandingan dua pengacara serba boleh iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. Suasana majlis lebih meriah lagi dengan persembahan daripada artis-artis ternama seperti Hazama, Misha Omar, Amy Search, Amir Jahari serta Joe Flizzow dan SonaOne.
Festival Filem Malaysia ke 27  kali ini, memberi persaingan yang sengit dalam percalonan pada malam tersebut. Ramai yang sudah menjangka filem Lelaki Harapan Dunia meraih kemenangan besar berdasarkan kauliti keseluruhan filem. Selain itu, Astro Shaw juga merangkul 10 daripada 20 anugerah pada malam tersebut.
Filem The Journey juga meraih 4 anugerah iaitu Anugerah Box Office, Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Lee Sai Ping. Selain itu, Pengarah Veteran Othman Hafsham turut diberi pengiktirafan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.
Tahniah diucapkan kepada pemenang pada Festiva Filem Malaysia ke 27. Barisan pemenang-pemenang lain dapat anda lihat di bawah:

Filem Terbaik
Lelaki Harapan Dunia: Everythings Film Sdn Bhd
 
Pengarah Terbaik
Liew Seng Tat : Lelaki Harapan Dunia
 
Pelakon Lelaki Terbaik
Lee Sai Peng : The Journey
 
Pelakon Wanita Terbaik
Fazura : Manisnya Cinta Di Cappadocia
 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Amirul Afendi : Terbaik Dari Langit
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Nadiya Nissa: Terbaik Dari Langit
 
Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik
The Journey
 
Cerita Asal Terbaik
Liew Seng Tat : Lelaki Harapan Dunia
 
Penyunting Terbaik
Adilan Azemi : Dollah Superstar
 
Sinematografi Terbaik
Eric Yeong : The Journey
 
Lakon Layar Terbaik
Mamat Khalid : Amir & Luqman Pergi Ke Laut
 
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Raykarl Iskandar: Lelaki Harapan Dunia
 
Pelakon Harapan Wanita
Dawn Cheong: Cuak
 
Pelakon Harapan Lelaki
Kodi Rasheed: Ophilia
 
Pengarah Harapan
Raja Mukhriz: Ophilia
 
Filem Box-Office
The Journey
 
Karyawan Sepanjang Zaman
Othman Hafsham
 
Anugerah Khas Juri
The Great Lion
Amir & Luqman Pergi Ke Laut
Terbaik Dari Langit

 
 

@schaalyahya & @awalashaari sungguh serasi bersama di karpet merah ffm27. #ffm27 #festivalfilemmalaysia27 #sehatisejiwa

A photo posted by FestivalFilemMsia27 (@ffm27official) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  FFM27