Nov 30, 2015 - 7

[TRENDING] Pemergiaan Allahyarham Yus Jambu kehilangan besar dalam industri lawak

Pemergiaan pelawak popular, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39 meninggal dunia pagi tadi akibat...

 Pemergiaan pelawak popular, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39 meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung. Allahyarham Yus menghembus nafas terakhirnya dalam kenderaan pada jam 12.45 tengah malam. Perkara ini disahkan sendiri oleh rakan karibnya, Tauke di laman Instagram miliknya.  Sebelum itu, Yus sempat menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.  Jenazah dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke kampung kelahirannya di Perlis untuk dikebumikan hari ini, selepas Zohor. Ramai rakan artis terkejut atas pemergiaan Allahyarham Yus Jambu. Terima kasih Pak Yus, peminat komedi tanah air pastinya akan merindui lawak-lawaknya yang semestinya sukar dicari. Semoga Allahyarham Yus Jambu tenang di sana.  Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Yus Jambu.

 

Semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang orang beriman..Al Fatihah.. @yus_jambu76 #takziah

A photo posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  YusJambu