Feb 02, 2016 - 1

[TRENDING] Tahniah! Filem OlaBola raih RM2.5 juta dalam masa empat hari ditayangkan

Sambutan hangat filem Olabola mendapat perhatian rakyat Malaysia. Filem Olabola yang baru ditayangkan pada 28 Januari...

 Sambutan hangat filem OlaBola mendapat perhatian rakyat Malaysia. Filem OlaBola yang baru ditayangkan pada 28 Januari berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta dalam masa tempoh empat hari. Filem terbitan Astro Shaw ini ditayangkan menerusi 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Selain kutipan filem yang memberangsangkan, filem arahan Chiu Keng Guan ini turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada peminat Malaysia. Malah, ia menjadi trending di laman Twitter dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Sejak mula ditayangkan, OlaBola menjadi topik utama di laman media sosial.
 
1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg6.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Olabola