Jan 12, 2015 - 2

Ada Apa Dengan Lelaki Korea?

Berdasarkan pengalaman dan pembacaan, saya menemukan beberapa faktor yang mendorong gadis seluruh dunia mengalihkan perhatian terhadap jejaka Korea

4325_7.jpg
Selesai menyentuh minat, kegilaan atau sesetengah orang (terutama golongan anti fan) menggelarkannya ketaksuban gadis-gadis menggilai idola Korea mereka. Namun, berdasarkan pengalaman dan pembacaan, saya menemukan beberapa faktor yang mendorong gadis seluruh dunia mengalihkan perhatian terhadap jejaka Korea yang digembar-gemburkan memiliki fizikal tinggi lampai, kulit putih bersih, mata segaris (sepet) namun bibir merah lembap. Antaranya;

• Hati mereka sudah dimiliki Benar seperti kata pepatah, sesuatu yang sukar dimiliki, kehadirannya lebih diingini. Hakikatnya, ia merujuk kecenderungan jejaka Korea yang lebih berminat memilih pasangan kalangan bangsa Korea juga sekali gus menjadikan mereka komoditi berharga. Sungguhpun pengaruh Barat kian menular terutama di bandarbandar seperti Seoul, Gangnam dan Itaewon, namun kebanyakan lelaki Korea ditemui lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda, mencintai filem dan drama tempatan selain menyanjung kepercayaan nenek-moyang. Jarang berlaku perkahwinan campur dalam masyarakat mereka dan perkara ini menerbitkan obsesi gila peminat dari luar Korea untuk mengenali, bercinta sekali gus mengikat mereka dengan perkahwinan.
2013-01-29-23_17_27.gif
• Sangat menitikberatkan penampilan diri Dibandingkan lelaki Asia lain, jejaka Korea sangat memberi perhatian terhadap penampilan fizikal. Pertama, tubuh. Dan kedua, gaya dan keterampilan membabitkan cara pakaian, dandanan juga kebersihan.

• Layanan menggoda Pandai bermanja, menggoda dan tahu selok-belok memikat hati perempuan. Kemesraan mereka sering disalah anggap walhal itu sebahagian cara lelaki Korea menunjukkan tanda persahabatan. Tragedi peminat bunuh diri gara-gara tidak dapat menerima hakikat artis kesayangan sedang hangat menjalinkan cinta atau berhasrat mengakhiri zaman bujang seperti dilaporkan baik di media perdana mahupun sosial amat menggerunkan dan tidak sepatutnya berlaku. Pegang pepatah lama, ukur baju di badan sendiri dan sentiasa berpijak di bumi nyata. Memadai sekadar mengagumi dan jangan sampai terlalu taasub meminati, lamaran jejaka tempatan ditolak mentah-mentah. Seperti insan lain, mereka turut menyimpan kelebihan dan kekurangan. Yang di layar perak biarlah kekal di layar perak. Kita yang berada di dunia realiti, belajar mencari dan menikmati perkara hakiki. Anneyong!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: