Aug 07, 2019 - 186

AIMAN & ZAHIRAH MACWILSON – Perjanjian Antara Perniagaan dan Perkahwinan. Doakan yang Baik-Baik…

Bekerjasama dalam perniagaan berasaskan makanan, pasangan sejoli ini tidak mahu selesa di takuk sama.

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aimanhakimridza (@aimanhakimridza) on

 

 

Pasangan #CuriCuriCinta Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson kini melangkah setapak lagi dengan menceburi dunia perniagaan.

 

Bakersfellas, sebuah kafe milik Aiman kini bekerjasama dengan rangkaian perniagaan pasta, ‘Pasta Panas’ yang menyajikan pelbagai hidangan pasta adalah antara buah tangan terbaru daripada Aiman untuk peminatnya.

 

Bertempat di Dana 1 Ara Damansara, antara menu yang ditawarkan adalah Aglio Olio, Carbonara, Mac & Cheese, Bolognese, Creamy Tomato, Salted Egg, Arrabiatta, ChilliMac dan Lazamac. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BakersFellas (@bakersfellas) on

 

 

Selain itu, Bakerfellas turut bekerjasama dengan Hillside Café bagi menyediakan beberapa hidangan pastri dan kek. Dan uniknya, Aiman sendiri turut mencipta satu hidangan yang dinamakan ‘Krispy Cream Donut Cheeseburger.

 

Ujarnya, “Saya terinspirasi untuk membuat hidangan ini dari sebuah kafe di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka gunakan donut sebagai roti burger. Dan di Bakerfellas, saya cipta kelainan menggunakan donut Krispy Kreme sebagai roti cheeseburger.

 

Jadi rasanya juga berbeza. Ada manis, masam dan masin sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BakersFellas (@bakersfellas) on

 

 

Aiman yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Corevestor bersama empat lagi rakan seperniagaan kini mempelopori bidang makanan dan minuman sejak beberapa tahun lalu dan untuk rekod, Syarikat Corevestor memiliki empat anak syarikat yang menampilkan konsep menu berbeza.

 

Menambah kelainan, Aiman turut bekerjasama dengan Awi Rafael yang memiliki studio Newsantara.

 

Percaya bahawa muzik punya pengaruh dan terapi yang amat berkesan, ujar Awi Rafael; “Anda boleh datang ke Bakersfellas dan belajar instrumen muzik. Malah kami sediakan kelas vokal bagi sesiapa yang berminat.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BakersFellas (@bakersfellas) on

 

 

Tunang tercinta, Zahirah Macwilson juga terlibat secara langsung dengan Café Bakersfellas apabila rangkaian pemanis mulut miliknya iaitu Craver kini dilancarkan di kafe tersebut.

 

Pemanis mulut berupa aiskrim ini juga hasil ciptaan Zahirah. Antara menu yang disajikan adalah Chocolate Mousse Royale, Bubblegum, Durian, Kelapa, Salted Caramel, Pistachio dan Strawberry Cheesecake.

 

Ujar Zahirah, “Ira bekerjasama dengan Corevester bagi menu-menu aiskrim ‘Craver’. Insya Allah, Ira akan ilhamkan perasa baru dan mungkin Ira akan cipta satu signature dessert dari air tangan Ira sendiri, insya-Allah.”

 

InTrend doakan moga segala perancangan baik perniagaan mahupun perkahwinan yang bakal berlangsung Februari tahun hadapan berjalan lancar.

 

Juga moga kedua-duanya terus sukses dalam apa jua cabang seni yang diceburi. Barulah #couplegoals kan!

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BakersFellas (@bakersfellas) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.