Aug 02, 2016 - 384

EKSKLUSIF: Siapakah Hafiz yang Berjaya Menambat Hati Fara Fauzana?

Fara Fauzana mengejutkan dunia hiburan semalam dengan pengumumannya yang bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan. Siapakah jejaka itu?

Oleh: Athirah Zulkifli
nurul-athirah_zulkifli@astro.com.my
 

Foto : @syedfaizalsyednoh 

Setelah sekian lama menyimpan rahsia,  akhirnya bekas penyampai radio Fara Fauzana membuka mulut sendiri. Semalam, Fara Fauzana telah membuat sidang media bagi mengumumkan bahawa Fara bakal berkahwin pada 17 September ini. Siapakah lelaki misteri yang berjaya mencuri hati Fara? 

Menurut Fara, lelaki pilihan hatinya adalah seorang ahli perniagaan berusia 30-an. Detik perkenalan mereka, apabila seorang teman mereka memperkenalkan Hafiz kepada Fara di sebuah majlis. Selain itu, keperibadian Hafiz membuatkan Fara terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki tersebut ke dalam hidupnya. Sifat peribadi Hafiz yang pendiam , penyabar dan mempunyai pegangan agama membuatkan Fara merasakan mereka mempunyai banyak persamaan. 


Foto : @syedfaizalsyednoh 

Selain itu, majlis akad nikah akan berlangsung pada jam 9 pagi dan diikuti dengan majlis resepsi pada jam 12 tengah hari di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Majlis akan dihadiri oleh keluarga dan sahabat. Tahniah buat Fara Fauzana semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan diberkati olehNya. Amin.. 


 
 

CONGRATULATIONS KAK!!!! @therealfafau #wedding #17092016 #pressconference

A video posted by Syed Faizal Syed Noh (@syedfaizalsyednoh) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.